Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 11, 2011

13 Tasik Ulu Yam Semakin Kotor

Tasik Ulu Yam cukup cantik!


Namun..


Manusia hanya suka menghayati keindahan alam semula jadi namun tidak pandai untuk menjaga dan memeliharanya. Apa buktinya?


Sabtu yang lalu abah dan keluarga bersarapan di Tasik Ulu Yam, Gombak. Nak tengok keindahan Tasik Ulu Yam boleh klik tajuk entri ini (Ceria Pagi di Ulu Yam, Gombak).


Inilah sikap rakyat Malaysia, suka membuang sampah. Nak berkelah ke makan ke tolonglah buang sampah atau sisa-sisa di dalam tong sampah yang disediakan.



Botol minuman dan plastik mengambil masa yang cukup lama untuk dileraikan.


Sudah minum berdua tak pandai nak buang! Ingat batang pokok kelapa ni tempat parking air ke?


Inilah sikap masyarakat kita..


Cantikkan Tasik Ulu Yam! Adakah generasi akan datang berpeluang melihat keindahan seperti ini jika masalah dan sikap masyarakat seperti di atas tidak diubah.


Nur Iman sempat menghayati keindahan Tasik Ulu Yam, namun bagaimana dengan anaknya nanti bila dia dah besar, cucunya dan generasi akan datang? Mari kita fikir-fikirkan...


Jesteru, marilah kita sama-sama didik anak-anak bermula dari rumah. Buang sampah hendaklah di dalam ---------------?


Pandai!

13 comments:

  1. Samalah keadaannya semasa kami ke sg congkak dua minggu lepas.. org ramai suka buang sampah merata2.. :-(

    ReplyDelete
  2. sayang tempat mcm ni kalau xdijaga.. tu la pasal.. aku paling tak suka orng yg suak buang sapah merata rata.. aku rasa orng tu sngt bodoh..

    ReplyDelete
  3. rakyat M'sia ni < bersih. bukan kita la... ;)

    ReplyDelete
  4. alaa.. sikap suka membuang sampah merata2 ni macam dah jadi sesuatu yg biasa bagi masyarakat mesia.. rasa2nya rindu dengan keindahan tempat2 rekreasi masa mama kecik2 dulu yg sejuk mata memandang.. yg x da lagi sekarang sbb sakit mata nengok sampah sarap dan aktiviti berdua2an anak2 muda..

    ReplyDelete
  5. belum pernah sampai ke tasik ni
    nampak memang cantik

    ReplyDelete
  6. Bukan kata tasik saja tercemar, kalau kita lihat rata-rata longkang di negera kita bukan saja air yg mengalir tapi mesti ada himpunan sampah yg tidak sepatutnya...

    ReplyDelete
  7. itulah..kalau kt oversea sungai diaorang bersih jer..


    rakyat malaysia (bukan semua) takda kesedaran sivik..


    ni semua namanya sikap lepas tgn..dgn memikirkan ah nnt adalah org tukang buangkan..haih

    ReplyDelete
  8. org malaysia ni kene brainwash baru boleh ubah abis imej negara sendiri. tukar chip kat otak pun bagus jugak kot?

    ReplyDelete
  9. haishh..tgk pon dah penat belom lagi nak cakap..mentaliti rakyat kita nih masih lagi dibawah walaupun negara makin menjadi negara maju tapi pemikiran segelintir rakyat kita masih lagi tak maju.

    ReplyDelete
  10. itu la sikap kebanyakan rakyat kita

    ReplyDelete
  11. dah lama x sampai sini .. dulu masa anak dara pernah lah pergi .. sedih juga bila dgr mcm nie ..

    ReplyDelete
  12. mmg susah pd sesetengah org utk jaga kebersihan ni kan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates