Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 15, 2011

11 Realiti: Malaysia Paling Ramai Rakyatnya Mengalami Obesiti

 

Tertarik abah baca tajuk dalam akhbar Kosmo yang bertajuk Paling Ramai Obes apabila Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik!

Fuh ranking teratas tu di Asia Tenggara. Adakah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan menjadi punca utama ataupun sajian fast food yang pelbagai dengan harga yang rendah menjadikan rakyat Malaysia rakus mengenai hal pemakanan.

Kesibukan kerja mungkin menjadi salah satu penyebab di mana corak rutin makanan tidak lagi teratur dan fast food menjadi pilihan kerana mudah, cepat dan murah serta dibuka 24 jam. Jika malas hendak ke restoran fast food anda cuma perlu call untuk delivery. Cukup mudah untuk ke arah obesiti.

Senaman di hujung minggu? Mungkin khayalan sahaja lebih baik bermimpi di hujung minggu setelah kepenatan bekerja lima hari seminggu. Macam abah pun jarang sekali untuk keluar joging.

Penduduk Perlis kehilangan kaki setiap tahun, itu yang dilaporkan oleh surat khabar Sinar Harian. Apakah satu hari nanti teh tarik akan diharamkan ataupun dihadkan pengambilannya?

Amalan pemakanan, jenis pemakanan, senaman perlu dititikberatkan? Adakah kita akan melahirkan lebih ramai anak-anak yang obesiti? Bagi abah semuanya bermula dari rumah.

11 comments:

  1. sya pun salah sorang yang termsuk dalam golongan tu

    ReplyDelete
  2. hujung minggu lebih banyak depan laptop berbanding aktiviti luar dah le bekerja pun duduk aje.

    Anak2 zaman sekarang pun lebih banyak dengan game kat komputer mahupun sibuk dengan Play Station. Zaman emak dan bapa dia org main guna tenaga bukan guna fikiran sahaja.

    ReplyDelete
  3. cheeqna pun gemuk gak...
    kontrol gak r makan skang...tak mo terlebih sangat..exercise hujung minggu je...

    ReplyDelete
  4. jaga kesihatan tu penting tak kirala tahap obesiti atau tidak.... sebab banyak faktor yg menyebabkan obesiti... paling simpati jika masalah keturunan @ genetik...semuga semua ceria selalu...

    ReplyDelete
  5. semuanya alasannnn..kalau dah malass tu malas jugak..

    lepas ni sure ramai yg insaf kejap.. lepas tu lupa daratan balik..hahahha..

    ReplyDelete
  6. takut tgk ranking tu abah..kita ni byk sgt pekena teh tarik dan roti canai kot !

    ReplyDelete
  7. memang takut...tapi tak pernah insaf..semuanya nak dimakan..lepas tu malass sangat nak bersenam...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates