Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 11, 2011

17 Kanser Prostat Masalah Alat Kelamin Lelaki

 Seksinya..tutup mata cepat!

Kanser Prostat, rawat ia sebelum terlambat! 

Balik beraya baru-baru ini, adik abah yang praktikal nurse di Hospital Melaka ada menceritakan pengalaman dia merawat seorang atuk yang berumur dalam 70 tahun yang sakit Kanser Prostat.

Memang teruk adik abah cakap, keliling 'anu' dia penuh dengan nanah. Kanser Prostat memang akan merebak jika tidak dibuang dengan segera. 

Senjata lelaki ni kalau mati alamaknya memang kita kaum lelaki jalan samalah. Kira ibarat nyawa juga tu. Abah bukan bercakap perkara lucah tapi ini adalah kesihatan. Tak mustahil akan terjadi pada adik lelaki korang, ayah, suami atau lelaki di dalam hidup anda. 

Abah ada google keyword Kanser Prostat, so ada link daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan UTM mengenai Kanser Prostat. Sini abah kongsikan sedikit, selebihnya korang baca di link yang abah sediakan di bawah ye.

Apakah itu kanser prostat?
Kanser Prostat merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat. Prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki. Ia juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.

Apakah gejala kanser prostat?
Di peringkat awal, kanser prostat selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini kerana lazimnya, penyakit ini dapat dikesan di peringkat awal, ketika gejalanya masih belum timbul.
Gejala bagi kanser prostat lazimnya bermula dengan :
• Bertambah keinginan untuk membuang air kecil.
• Aliran kencing menjadi lemah.
• Mati pucuk.
• Terdapat darah dalam air kencing.
• Sakit semasa membuang air kecil (tidak selalunya berlaku).
• Nodus limfa membengkak di sekitar kawasan kelangkang
• Hilang kawalan terhadap pembuangan air kecil.
• Seringkali

Di dalam artikel yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(Kanser Prostat) ada meyentuh mengenai 
Bagaimana kanser prostat terbentuk?
Apakah penyebab kanser prostat?
Apakah rawatan yang diberikan untuk kanser prostat? dan pelbagai lagi...

Gerun juga abah dengar cerita adik abah tu!

17 comments:

  1. gd info!

    tak leh uat main2 kan...

    cekci nye gambo..hehe

    ReplyDelete
  2. harap dijauhkan penyakit nih dari kito semuo yer...

    ReplyDelete
  3. terima kasih sbb berkongsi info.
    Sama2 lah kita berdoa semoga dilindungi olehNYA selalu...daripada penyakit2 yg semakin pelik skrg nih

    ReplyDelete
  4. gambo seksi dowhhh!
    ekekekeke

    thanks abah... very good info
    iols baca sambil tutup mata taww!
    hak hak hak

    ReplyDelete
  5. jika bab-bab kesihatan ini bukanlah perkara lucah.. kanser prostat, kanser payu dara, kanser pangkal rahim semua tu harus ditekankan kerana ia melibatkan kesihatan kan.. oleh itu tak ada salah pun kita berkongsi info yg begini. Gud info abah

    ReplyDelete
  6. thanks abah sbb share benda ni, kekadang terlupa benda penting ni..

    ReplyDelete
  7. huhu xmo xmo! sentiasa la berwaspada :P

    ReplyDelete
  8. memang gerun.. kena ambil tahu ini. mencegah lebih baik dari merawatkan.

    tq ye

    ReplyDelete
  9. sangat bahaya masalah ini..
    ingat lagi kes arwah mertua...

    kami sklrg sangat2 risau....

    moga kita semua yang ada anak lelaki, suami, ayah dan semua kaum lelaki dijauhkan dari sakit itu.

    ReplyDelete
  10. SALAM,
    TKASIH ATAS PERKONGSIAN. BIMBANG ! HARAP TAK BERLAKU !

    ReplyDelete
  11. mtk di jauhlan lah...nak "pakai" lama tu

    ReplyDelete
  12. ayat khairul "nak pakai lama" tu yg tak boleh blah..hehehe..

    ReplyDelete
  13. terima kasih. Info yang berguna..Moga-moga kita dijauhkan dr penyakit ini.

    ReplyDelete
  14. This piece of writing will help the internet people
    for setting up new web site or even a blog from start to end.


    My web-site :: http://breezoom.com/index.php?do=/blog/68294/effective-ways-to-cure-oral-thrush

    ReplyDelete
  15. Howdy, i read your blog occasionally and i own a similar one and i was just wondering if you get a lot of spam comments?
    If so how do you reduce it, any plugin or anything you can advise?
    I get so much lately it's driving me insane so any help is very much appreciated.

    Feel free to surf to my site: cost Of dental implant

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates