Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 13, 2011

14 Budu dan ulam raja pembuka selera

Eiiii..budu busuknya! Itu bagi sesetengah orang, tapi bagi abah budu memang pembuka selera abah untuk makanan berbuka petang ni. 

Dah yang paling best lagi adalah bila budu itu dicicah dengan ikan goreng yang betul-betul panas dan diselitkan dengan ulam raja...ha tengok ada yang meleleh air liur dah ni.

Bila sebut ulam raja, hari ini adala hari kedua abah makan ulam raja setelah 26 tahun hidup di dunia dan kali pertama makan ulam raja adalah pada minggu lepas..Macam tak percaya je kan? Itulah hakikatnya abah memang benci sayur-sayur ni.. Start makan sayur pun bila dah berkahwin.

Minggu lepas bali Kuantan, so kt keliling rumah mak ada tanam, pastu kutiplah sikit untuk wife makan..Pastu dah balik KL abah try lah makan time berbuka last week...ehhhhhh..tk cukup plak..sedap pulak rasanya..hehehe..

"Ko ni bila nak besar kalau tak makan sayur?,"bising arwah abah masa abah iman ni kecik-kecik dulu..memang abah tak makan sayur kecik-kecik dulu sebab tu abah kecik je walaupun dah besar..Itu yang nak bergambar dengan Maya Karin pun segan..rendah je nampak kang.

Lauk berbuka hari ini adalah ayam lemak cili padi, sayur campur, ikan goreng, sotong masak asam, ayam goreng tepung dan paling BEST adalah ulam raja dan budu..Menu hari ni adalah hasil kerjasama wife dan abah..tolong-menolong lah katakan.

Apa khasiat ulam raja??bagus ke untuk kesihatan?

Abah baca dekat laman web Bio Asli mengatakan bahawa ulam raja ni dapat memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid. Malah ia dikatakan dapat menguatkan tulang.

 
Pagi tadi kami ke pasar selayang untuk cari sotong, ayam, sayur-sayur dan ulam raja..yes jupa ulam raja..so abah pun beli lah seikat RM1 harganya..Nasib baik jupa kalau tak kempunan nanti.

Kepada yang tak pernah makan baik start berjinak-jinak makan...rugi woooo..sedap wooo..Selamat berbuka semua dan jemput makan.

Korang pula berbuka menu apa hari ini??

14 comments:

  1. serius rindu nk makan budu+ikan pari.hihi

    ReplyDelete
  2. Tak mkn budu.. Putri dtg jenguk awk.. Jemputla dtg ke blog Putri dan lihat entri baru Putri.. ^_^

    ReplyDelete
  3. budu, perah limau nipis, bawang merah mayang, cili padi dipenyek2...
    cicah dengan semua yg berdaun atau timun...atau bakar anak kerisi dan cicahkan...nasi 2 pinggan x berasa ok...hehhe

    ReplyDelete
  4. budu, perah limau nipis, bawang merah mayang, cili padi dipenyek2...
    cicah dengan semua yg berdaun atau timun...atau bakar anak kerisi dan cicahkan...nasi 2 pinggan x berasa ok...hehhe

    ReplyDelete
  5. budu tak makan..prnh cuba tp xlalu..
    ulam raja pun xpnh mkn,tringin nk cba tp tkt pahit..waaa~

    ReplyDelete
  6. bestnya budu dah lama tak dapat makan budu. terkenyam tengok..

    ReplyDelete
  7. sedapnya menu, tp kak lang xbrpa suka bau busuk budu tu...huhuhu

    ReplyDelete
  8. Budu !!!
    Walaupun SH org Johor, selalu makan budu dengan Nasi Kerabu hahaha

    ReplyDelete
  9. ca'ah taktau budu tu cmna,
    tapi ari tu pegi umah cikgu,
    cikgu buat nasi kerabu,
    pastu semua kena cedok sendiri
    ca'ah cedok je semua,
    tetiba kwn2 kata ca'ah mkn budu byk
    padahal ca'ah taktau pun yg tu budu
    haha~

    ReplyDelete
  10. budu???
    sangat sedap...
    cuma tang ulam2 tu cheqna dok makan mana..just makan kacang botol je =)

    ReplyDelete
  11. ekin tak pernah makan budu lagi abah. hehe

    ReplyDelete
  12. smlm balik umah mama kepada mama..budu ngan timun kecik2 yang mmg byk jual kat qelate..kt kl neh..susah sket nak cr...budu ngan pelam muda...ayoooo

    ReplyDelete
  13. sy pun 1st time mkn ulam raja tu..sadap rupanyer

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates