Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label kawin. Show all posts
Showing posts with label kawin. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

0 Nik Aziz Bakal Nikahkan Apek (Khairul Fahmi) dan Leuniey


Pasangan sama padan yang bakal berkahwin pada 28 Disember ini iaitu Apex dan Leuniey dikhabarkan akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz.

Hal itu dilaporkan sendiri oleh bapa Leuniey selepas menerima surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, awal pagi hari ini.

Menerusi Murai, bapanya, Nazri memberitahu menurut surat itu majlis pernikahan akan berlangsung pada jam 10 pagi.

“Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan.

“Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan.

“Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi,” katanya.

Majlis pernikahan berkenaan akan dilakukan di kediaman Leuniey manakala majlis resepsi akan menyusul pada tiga tempat berbeza.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

sumber: mynewshub.my

Thursday, December 6, 2012

0 Bulan Disember Musim Bercuti dan Musim Berkahwin

Betul tak bulan Disember memang musim orang Malaysia bercuti dan juga musim kenduri kahwin.

Tak percaya? Perhatikan dalam event calendar anda di facebook ada tak wedding invitation yang diterima? Atau mereka akan ubah status mereka daripada couple kepada married. Mana tidaknya kerana ramai juga yang mencari dalam blog AK ni soalan-soalan yang biasa ditanya ketika akad nikah. Cari soalan bocor ni!

BACA: Gambar Pra Perkahwinan Apex Dan Leuniey Natasha

Gambar perkahwinan adik ipar dan adik perempuan AK awal tahun ini.
Add caption

Jika click di Home (facebook) ramai tak yang update gambar-gambar percutian mereka?

Memang cuti sekolah di bulan Disember ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga ataupun tujuan menghabiskan cuti.


Banyak-banyak pekerjaan di Malaysia, AK rasa jawatan cikgu yang paling seronok kerana mereka juga cuti selama sebulan di bulan Disember.

Thursday, November 22, 2012

1 Remaja Nikah Gadis 13 Tahun

Kulim: “Daripada buat maksiat, lebih baik kami kahwin,” demikian kata Mohd Fahmi Alias, 17, yang berhasrat berkahwin dengan seorang budak perempuan yang baru mencecah usia 13 tahun.

Walaupun menyedari hasratnya itu mungkin dibantah termasuk menimbulkan andaian kurang menyenangkan, namun bagi Mohd Fahmi pernikahannya dengan Nor Fazira Saad dianggap sebagai langkah terbaik bagi mereka berdua.

“Saya sudah sedia memikul tanggungjawab untuk bergelar suami. Saya percaya kami boleh berdikari dan saya akan tumpukan kepada perniagaan keluarga untuk menyara hidup kami berdua.

“Saya tidak kisah apa pandangan masyarakat terhadap kami berdua kerana yang penting keluarga di kedua-dua belah pihak sudah bersetuju,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan di kediamannya pada 24 November ini.

Ditanya mengenai masa depan Fazira, Fahmi berkata beliau tidak akan menghalang kalau Fazira ingin melanjutkan pelajaran selepas berkahwin dan ia bergantung kepada kemahuan pasangannya itu.

Fazira berkata, usianya bukan penghalang menjadi dan sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.

“Kami sudah dapat restu kedua ibu bapa kami dan saya kini banyak menerima tunjuk ajar keluarga Fahmi yang sememangnya memahami kesulitan dialami saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim, Azmi Ahmad, mengesahkan waris gadis berkenaan membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah Daerah mengikut Enakmen Keluarga Islam 2008 (Pindaan) Negeri Kedah.

sumber: Berita Harian

Alhamdulillah, baguslah kawin awal daripada buat maksiat dan dosa. Tahniah untuk kamu berdua.

Super Cool : Gambar Pra Perkahwinan Apex Dan Leuniey Natasha

1 Gaya Inggeris Tema Perkahwinan Apek dan Leuniey Natasha

PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.


Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.

BACA: Peluang Anda Memenangi Android

Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.

BACA : Nik Aziz Bakal Nikahkan Apek (Khairul Fahmi) dan Leuniey
BACA : Gambar Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha


“Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apek.




-----------------------------
Fuh 4 majlis berbeza tu. Mudah-mudahan kekal hingga akhir hayat.Amin.


sumber: myMetro
sumber image: google

Super Cute: Bekas-Bekas Aiskrim Yang Sangat Cute

Wednesday, February 8, 2012

17 Soalan yang Biasa Ditanya Ketika Akad Nikah



Jika pada 27 Januari lepas adik abah telah selamat diijabkalbu dan pada 4 Februari 2012 yang lalu abah balik ke Penang untuk upacara akad nikah adik lelaki wife abah pula.

Tu dia selang 2 minggu majlis perkahwinan, letih badan dan letih poket.hehehe..kering…

Akad nikah dah berlangsung ahad lepad dan majlisnya akan menyusul pada 12 Februari 2012 ini pula. So abah dan keluarga akan balik ke Penang pada Jumaat ini.


BACA: Gambar Pra Perkahwinan Apex Dan Leuniey Natasha



Jemputlah blogger-blogger utara kalau ada kelapangan ke rumah mertua abah di Padang Benggali, Butterworth.

Meh abah nak kongsi sikit soalan bocor yang biasanya di Tanya oleh Tok Kadi sebelum akad nikah.

Soalan-soalannya adalah: Suspens ni…

1)    Sila nyatakan rukun nikah?
       Jawapannya: Rukun nikah ada 5 iaitu:
       a)    Pengantin lelaki
       b)    Pengantin Perempuan
       c)    Akad (Ijab dan kalbu Qabul)
       d)    Wali
       e)    Saksi

2)    Lafazkan kalimah syahadah

3)    Sila Istighfar

4)    Soalan lain mungkin di Tanya adalah Doa Qunut, Al-Fatihah, Rukun Iman, Rukun Islam. Semuanya    bergantung kepada Tok Kadi.

Ha..bagi kaum lelaki yang ingin bernikah make sure korang tau pasal ni. Jangan tetapi blank time ditanya sudahlah. Tak pasal-pasal tetiba mintak izin kat Tok Kadi pegi tandas kejap.hehehe.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates