Jika pada 27 Januari lepas adik abah telah selamat diijabkalbu dan pada 4 Februari 2012 yang lalu abah balik ke Penang untuk upacara akad nikah adik lelaki wife abah pula.
Tu dia selang 2 minggu majlis perkahwinan, letih badan dan letih poket.hehehe..kering…
Akad nikah dah berlangsung ahad lepad dan majlisnya akan menyusul pada 12 Februari 2012 ini pula. So abah dan keluarga akan balik ke Penang pada Jumaat ini.
BACA:
Jemputlah blogger-blogger utara kalau ada kelapangan ke rumah mertua abah di Padang Benggali, Butterworth.
Meh abah nak kongsi sikit soalan bocor yang biasanya di Tanya oleh Tok Kadi sebelum akad nikah.
Soalan-soalannya adalah: Suspens ni…
1) Sila nyatakan rukun nikah?
Jawapannya: Rukun nikah ada 5 iaitu:
a) Pengantin lelaki
b) Pengantin Perempuan
c) Akad (Ijab dan
d) Wali
e) Saksi
2) Lafazkan kalimah syahadah
3) Sila Istighfar
4) Soalan lain mungkin di Tanya adalah Doa Qunut, Al-Fatihah, Rukun Iman, Rukun Islam. Semuanya bergantung kepada Tok Kadi.
Ha..bagi kaum lelaki yang ingin bernikah make sure korang tau pasal ni. Jangan tetapi blank time ditanya sudahlah. Tak pasal-pasal tetiba mintak izin kat Tok Kadi pegi tandas kejap.hehehe.




