Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Khairul Fahmi. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

1 Gaya Inggeris Tema Perkahwinan Apek dan Leuniey Natasha

PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.


Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.

BACA: Peluang Anda Memenangi Android

Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.

BACA : Nik Aziz Bakal Nikahkan Apek (Khairul Fahmi) dan Leuniey
BACA : Gambar Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha


“Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apek.




-----------------------------
Fuh 4 majlis berbeza tu. Mudah-mudahan kekal hingga akhir hayat.Amin.


sumber: myMetro
sumber image: google

Super Cute: Bekas-Bekas Aiskrim Yang Sangat Cute

Tuesday, November 29, 2011

19 Khairul Fahmi Beraksi Mesra dengan Shida Harmi

Apakah ini merupakan punca utama Khairul Fahmi hilang fokus semasa perlawanan bertemu dengan Bahrain dan seterusnya Malaysia tewas 2-3 di tangan Bahrain.

Sumber : Rotikaya

Siapa Shida Harmi? Entah abah pun tak kenal wanita ini. Mungkin nak cari publisiti murahan ataupun ingin menjatuhkan reputasi Khairul Fahmi yang sedang meningkat naik sekarang ni.

Kat ofis abah ni kecoh sangat pasal skandal Khairul Fahmi penjaga gawang Harimau Malaya yang namanya semakin meningkat naik. Selepas ceritanya putus tunang dengan Elia kerana orang ketiga, muncul pula cerita Kharul Fahmi & Dahlia Keluar Bersama, Mesra Berpimpin Tangan. Tak lama kemudian muncul pula cerita dan gambar Khairul Fahmi dengan Dahlia Teck di Werner's, Changkat Bukit Bintang dengan minuman arak di atas meja. 

Nak berita lanjut mengenai Khairul Fahmi dan gosip-gosipnya serta gambar-gamabr Khairul Fahmi boleh klik di rotikaya.com

Abah perhatikan kalau berterusan begini, memang habis career Khairul Fahmi musnah hanya disebabkan gosip-gosip dan tingkahlaku yang dilakukannya. Memanglah itu merupakan hal peribadi tapi hang dah famous mengalahkan artis sudah tentu gerak gerik anda akan diperhatikan.

Anda baru meningkat naik, lebih baik fokuskan pada career anda sebagai pemain bola sepak negara. Usia anda masih muda dan perjalanan masih jauh.

Jangan kemudian hari peminat bola meluat dan naik meyampah dengan gosip-gosip melanda. Dah ramai orang cakap anda Playboy..

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates