Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 15, 2011

9 Realiti: Malaysia Paling Ramai Rakyatnya Mengalami Obesiti

 

Tertarik abah baca tajuk dalam akhbar Kosmo yang bertajuk Paling Ramai Obes apabila Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik!

Fuh ranking teratas tu di Asia Tenggara. Adakah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan menjadi punca utama ataupun sajian fast food yang pelbagai dengan harga yang rendah menjadikan rakyat Malaysia rakus mengenai hal pemakanan.

Kesibukan kerja mungkin menjadi salah satu penyebab di mana corak rutin makanan tidak lagi teratur dan fast food menjadi pilihan kerana mudah, cepat dan murah serta dibuka 24 jam. Jika malas hendak ke restoran fast food anda cuma perlu call untuk delivery. Cukup mudah untuk ke arah obesiti.

Senaman di hujung minggu? Mungkin khayalan sahaja lebih baik bermimpi di hujung minggu setelah kepenatan bekerja lima hari seminggu. Macam abah pun jarang sekali untuk keluar joging.

Penduduk Perlis kehilangan kaki setiap tahun, itu yang dilaporkan oleh surat khabar Sinar Harian. Apakah satu hari nanti teh tarik akan diharamkan ataupun dihadkan pengambilannya?

Amalan pemakanan, jenis pemakanan, senaman perlu dititikberatkan? Adakah kita akan melahirkan lebih ramai anak-anak yang obesiti? Bagi abah semuanya bermula dari rumah.

Friday, November 11, 2011

17 Kanser Prostat Masalah Alat Kelamin Lelaki

 Seksinya..tutup mata cepat!

Kanser Prostat, rawat ia sebelum terlambat! 

Balik beraya baru-baru ini, adik abah yang praktikal nurse di Hospital Melaka ada menceritakan pengalaman dia merawat seorang atuk yang berumur dalam 70 tahun yang sakit Kanser Prostat.

Memang teruk adik abah cakap, keliling 'anu' dia penuh dengan nanah. Kanser Prostat memang akan merebak jika tidak dibuang dengan segera. 

Senjata lelaki ni kalau mati alamaknya memang kita kaum lelaki jalan samalah. Kira ibarat nyawa juga tu. Abah bukan bercakap perkara lucah tapi ini adalah kesihatan. Tak mustahil akan terjadi pada adik lelaki korang, ayah, suami atau lelaki di dalam hidup anda. 

Abah ada google keyword Kanser Prostat, so ada link daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan UTM mengenai Kanser Prostat. Sini abah kongsikan sedikit, selebihnya korang baca di link yang abah sediakan di bawah ye.

Apakah itu kanser prostat?
Kanser Prostat merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat. Prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki. Ia juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.

Apakah gejala kanser prostat?
Di peringkat awal, kanser prostat selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini kerana lazimnya, penyakit ini dapat dikesan di peringkat awal, ketika gejalanya masih belum timbul.
Gejala bagi kanser prostat lazimnya bermula dengan :
• Bertambah keinginan untuk membuang air kecil.
• Aliran kencing menjadi lemah.
• Mati pucuk.
• Terdapat darah dalam air kencing.
• Sakit semasa membuang air kecil (tidak selalunya berlaku).
• Nodus limfa membengkak di sekitar kawasan kelangkang
• Hilang kawalan terhadap pembuangan air kecil.
• Seringkali

Di dalam artikel yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(Kanser Prostat) ada meyentuh mengenai 
Bagaimana kanser prostat terbentuk?
Apakah penyebab kanser prostat?
Apakah rawatan yang diberikan untuk kanser prostat? dan pelbagai lagi...

Gerun juga abah dengar cerita adik abah tu!

Thursday, November 10, 2011

11 Kenapa lelaki berdehem lepas kencing?



Korang wanita pernah dengar lelaki berdehem tak lepas kencing dalam tandas? errrrr....pernah? biasa masuk tandas lelaki ye?hehehe...

Kenapa ye lelaki kena berdehem lepas kencing? sebenarnya bagi kaum lelaki, selepas mereka membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Kemudian baru cuci dengan air...nak cerita banyak-banyak macam bunyi kelucahan plak. Adehhh..

Tujuan utama adalah untuk memastikan kita benar-benar bersih. Yelah kita kan kena solat. Amalan ini bukanlah sesuatu yang  lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini.

12 Pasangan penguin gay akan dipisahkan


TORONTO, Kanada - Pihak pengurusan Zoo Toronto di sini mengumumkan bahawa mereka akan memisahkan dua ekor penguin jantan di zoo berkenaan selepas kedua-dua haiwan tersebut menonjolkan perlakuan gay.

Dalam satu kenyataan media kelmarin, pihak Zoo Toronto memberitahu bahawa keputusan memisahkan dua ekor penguin Afrika bernama Pedro dan Buddy itu dibuat bagi mengekalkan kesinambungan spesies terancam berkenaan.

Menurut kenyataan sama, Pedro dan Buddy akan disatukan semula selepas 'mereka' mengawan dengan penguin betina lain di zoo berkenaan. - Reuters

sumber: Kosmonline

Wednesday, November 9, 2011

20 Wordless Wednesday :Enaknya..




Friday, November 4, 2011

18 Cian Nur Iman dia demam

Kecian anak abah Nur Iman Khalisha duk merengek je masa abah hantar dia pergi nursery pagi tadi. Sayu je hati abah nak tinggalkan dia dalam keadaan macam tu. Tapi nak buat macam mana dah kerja makan gaji.

Malam tadi dah abah perasan kepala dia agak panas, so abah bangun dan tuamkan dengan air. Tadi dalam kereta pun dia tidur di pangkuan ibu, selalunya dia memang cukup aktif bila dalam kereta. Dek kerana tak sihat dia lebih suka membisu dan lelapkan mata.

Tengahari ni abah janji abah ambik Nur Iman dan bawak ke klinik jumpa doktor. Risau juga jika demam makin panas. Pagi tadi tidak terlalu panas. 

Macam manalah keadaan dia di nursery? Ciannya..tak dapat abah bayang macam manalah orang di nursery jaga. Dah lah bercampur dengan budak-budak yang lain.

Nasiblah kalau ibu dan bapa bekerja, kalau gaji abah besar dan je suh ibu berenti keje jaga Nur Iman. Tapi kehidupan hari ini mendesak ibu bekerja.

Abah harap demam anak abah akan kebah lagipun kita sekeluarga kan nak balik beraya di Kuantan. Tok Ma dan makcik-makcik nak jupa Nur Iman. Kuatkan semangat ya.

Abah janji akan dukung dan peluk Nur Iman sepuas-puasnya bila balik nanti...

Thursday, November 3, 2011

30 Bodoh betul! Buanglah di tempat yang betul!

Tahukah anda dalam tempoh setahun, sebanyak 1.8 juta tan sampah dibuang oleh rakyat Malaysia. Itu baru Malaysia, kalau satu dunia? Memang tak dapat abah bayangkan. 


Tapi abah bukan nak bercerita mengenai lambakan sampah tetapi lebih kepada sikap masyarakat yang suka membuang sampah sewenang-wenangnya.


Nak contoh? Lihat gambar dibawah.




Gambar ni abah tangkap masa abah ke Melaka pada bulan Oktober yang lalu iaitu di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall. 


Bang oi..dah lepas hisap rokok dan minum tu pandai-pandailah buang kotak dalam tong sampah! Itu pun tak reti ke? Bukannya di sekolah tidak di ajar dulu-dulu.


Cikgu : Anak murid, kita akan buang sampah di dalam ________?
Murid-Murid : Tong sampah cikgu!
Cikgu : Pandainya...


Dulu sekolah je pandai, dah besar bodoh!


Suka sangat buang sampah merata-rata. Hari minggu baru ni abah ada bawak Nur Iman Khalisha dan wife ke Taman Tasik Perdana, abah perhatikan sorang kanak-kanak ni membuang sampah di taman permainan sambil diperhatikan oleh ibu bapanya.


Ibu bapa sewajarnya menunjukkan contoh yang baik, tegur anak jika mereka suka membuang sampah merata-rata. Siapa lagi nak jaga kebersihan kalau bukan kita semua.


Ikutkan hati nak je sound, abah memang pantang kalau orang suka buang sampah merata-rata ni. Bukan sahaja mengotorkan pemandangan malah menyusahkan orang ramai.


Kalau dalam kereta, abah rela kotorkan dan penuhkan kereta dengan plastik atau kertas-kertas daripada dibuang dari tingkap kenderaan. Nanti stop kat mana-mana stesen minyak atau sampai rumah buang di tempat yang sepatutnya. Ini tidak ramai yang pakai campak macam tu je daripada tingkap kenderaan.


Orang kata melentuh buluh biar dari rebungnya, tapi kalau mak bapak sendiri yang suka buang sampah merata-rata, sendiri fikirlah!

Wednesday, November 2, 2011

30 Wordless Wednesday : Hi Semua...




Tuesday, November 1, 2011

24 Handphone masuk air

Handphone,

Ku sangkakan kau kehabisan bateri,
Lalu ku cas seharian,
Ku cuba salurankan kau cukup tenaga,
Agar kau dapat berbakti kepadaku,
Untuk menerima mesej atau panggilan,

Ku cuba sekali lagi tekan button on,
Namun kau tidak mahu celik juga,
Mungkin tak betul cas fikirku,

Ku tekan lagi button on
Kau masih lagi tidak bernyawa,
Akhirnya ku buka badanmu,
Ku tanggal baterimu dari tubuhmu yang seksi itu,
Ku dapati kau berair...Skrin berwap,

Sekali Nur Iman anak abah rendam handphone abah dalam water fountain kat beranda rumah..uwaaaaaaaaaa......sedih..sedih...Iman! 

Kat Water fountain tulah anak abah celup handphone..Dia main-main dengan fish dalam tu

Terpaksa pinjam handphone rakan sekerja.. Nokia 3310. Nak angkat call pun malu..dahlah nak tengok mesej pun tak nampak. Lampu tak nyala, terbakar kot. Dengan keypad keras..addeeehhhh baling kat dinding pun dinding retak.


Silap hari bulan angkat call nanti orang tanya " Bang, itu handphone keluaran terbaru Nokia eh?" " Saya rasa Muziam Negara tengah cari handphone ni"....ha naya kang...



Namun abah ucapkan mekasih kerana memberi pinjam handphone Nokia 3310 tersebut walaupun dah terkutuk seperti di atas.hehehe.

Peringatan! Pastikan handphone anda disimpan atau diletakkan dikawasan atau tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak-anak anda yang masih kecil!

Lepas ni beli handphone murah je lah.

9 Adakah kita akan bersendirian bila tua nanti?



Orang biasa cakap, Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak namun adakah 10 orang anak mampu menjaga seorang ibu itu? Tepuk dada tanya diri kita sendiri. Fikir-fikirkan.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates