Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label khinzir. Show all posts
Showing posts with label khinzir. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

3 Babi Gemuk Dijumpai Di Dalam Kereta Remuk

Seekor babi seberat hampir 300 pound ditemui di belakang kereta rosak di Youngstown, Ohio.


Kereta Nissan Cube milik Wendy Thrasher didapati hilang selepas di pergi melawat kawannya di Youngstown.

Petang isnin yang lalu, polis telah menjumpai kereta miliknya yang tersadai di tepi jalan dengan depan kereta yang remuk dan tayar yang pancit. Dibelakang kereta itu terdapat seekor babi yang diberi nama Penelope milik Wendy Thrasher.

AK rasa mungkin pencuri tu terkejut tengok ada seekor babi di belakang kereta sebab tu accident.

sumber: news.yahoo.com

Tuesday, December 6, 2011

2 Babi Hutan Mengamuk

Cerita ni abah copy and paste sahaja dari Kosmo Online.


KUALA LIPIS - Seorang penoreh getah maut diserang seekor babi hutan, manakala dua termasuk isteri mangsa cedera dalam satu kejadian di kawasan kebun getah dekat kampung Jerkoh, Benta, dekat sini.




Dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam itu, mangsa, Wahab Saad, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt. Abdul Razak Hassan berkata, ketika kejadian, mangsa sedang menoreh getah, dan tiba-tiba muncul seekor babi hutan dan menyerangnya.
"Mangsa diserang babi hutan berkenaan dan kemudian terjatuh ke dalam anak sungai, isteri mangsa, Napisah Aman, 50, yang sedang memasak di sebuah pondok berdekatan cuba membantu mangsa tapi turut diserang haiwan terbabit,” katanya kepada pemberita di sini.
Haiwan berkenaan kemudiannya turut menyerang seorang lagi penoreh getah di kebun bersebelahan. - Bernama



Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates