KUALA LIPIS - Seorang penoreh getah maut diserang seekor babi hutan, manakala dua termasuk isteri mangsa cedera dalam satu kejadian di kawasan kebun getah dekat kampung Jerkoh, Benta, dekat sini.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam itu, mangsa, Wahab Saad, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam itu, mangsa, Wahab Saad, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt. Abdul Razak Hassan berkata, ketika kejadian, mangsa sedang menoreh getah, dan tiba-tiba muncul seekor babi hutan dan menyerangnya.
"Mangsa diserang babi hutan berkenaan dan kemudian terjatuh ke dalam anak sungai, isteri mangsa, Napisah Aman, 50, yang sedang memasak di sebuah pondok berdekatan cuba membantu mangsa tapi turut diserang haiwan terbabit,” katanya kepada pemberita di sini.
Haiwan berkenaan kemudiannya turut menyerang seorang lagi penoreh getah di kebun bersebelahan. - Bernama
aritu skjap ade cite harimau serang manusia... tapi lawan pakai senduk aje, nasib baik selamat wpun luka parah jga... kalau x silap kat iph kot...
ReplyDeletea'ah..itu yang orang asli. ini babi hutan lagi bahaya kot daripada harimau lagipun kat haram,tu jadi takut nak sentuh tu..Al-fatihah untuk si mangsa
ReplyDelete