Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label balkoni. Show all posts
Showing posts with label balkoni. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

40 Balkoni Semak Samun

Adoii..dah berdebu balkoni rumah AK, pokok-pokok pun hidup tak terurus. Tapi Alhamdulillah semua pokok masih hidup lagi.

BACA:  Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri


Korang tengok semak tak?

Tak siap-siap lagi nak design balkoni ni!mmm.....


Wednesday, December 7, 2011

18 Permandangan Waktu Malam di Balkoni Abah



Cantiknya...angkat bakul sendiri.hehehe...


Bilalah deko balkoni abah ni siap? Blogger yang dah lama follow abah mesti ada teringat pasal entri abah yang lepas pasal Deko Bersama Abah dan Work In Progress tapi sampai sekarang tak siap-siap lagi deko balkoni abah ni.


Pokok bunga pun ada yang dah mati sebab tak sempat nak siram. Sebenarnya abah masih mencari idea untuk bertukang sebab tu tak siap-siap lagi ditambah tiada kelapangan untuk melakukan aktiviti ini.


Bila tiba hari minggu abah akan pasang water fountain tu dan dengar air terjun buatan. Ada daun yang kering abah akan potong dan buang.


Kalau ada duit banyak memang abah upah orang je buat. Buat sikit-sikit lama-lama siaplah kan.Semangat kena ada!


Di atas dan dibawah adalah gambar di balkoni abah ketika waktu malam. Abah snap malam tadi.  



Bila nak siap? Ntah!

Tuesday, September 6, 2011

28 Work In Progress..

Assalamualaikum semua..jawab gatal tak jawab berdosa..Mmg mcm budak-budak sekolah dululah.hehehehe..Rindu pada abah ke?hehehe. Banyak dapat duit raya ke banyak keluar duit raya?

Lama betul abah tak update blog, almaklumlah cuti panjang. Jangan jeles semua esok abah masih lagi bercuti. Khamis baru start kerja semula.

Pukul 2.30 petang tadi abah selamat sampai di Selayang dari rumah bonda abah di Kuantan Pahang. Minggu lepas beraya di Penang dan beberapa hari di Kuantan. Dah kahwin kena macam tu lah ikut turn.

Nak tahu apa abah buat sampai petang tadi? Ingat lagi tak entri lepas pasal Deko Bersama Abah? Ada sambungannya tau.. 

Petang tadi dengan semangat yang wajar abah telah melakukan sesuatu terhadap ruangan balkoni abah.

Ini balkoni yang abah hias pada bulan Julai yang lalu

Ini gambar balkoni abah yang paling latest..work still in progress ni. 

Ini gambar balkoni abah dari sudut hadapan pula

Picture siap kena tunggu lah ye. hehehe.
Amacam ok tak?




Monday, July 18, 2011

12 Deko bersama abah

Kami baru beli rumah di Selayang tahun lepas, niat hati nak beli banglo tapi tengok duit dalam poket ada beberapa ratus je so beli aje lah apartment dua tingkat ala-ala penthouse gitu.

Rumah abah ni ada dua balkoni, satu di ruang tamu dan satu lagi di bilik tidur utama. Sebenarnya abah lebih suka rumah teres yang ada tanah sebab abah suka berkebun dan hias kawasan rumah dengan pokok.

Rumah apartment ni tetap tak menghalang hobi abah untuk untuk berkarya.hehehe. Dengan  ruang balkoni yang ada abah pun belikan water fountain dnn beberapa jenis pokok bunga dengan jumlah budget RM600. Tiga jenis bunga abah tanam sendiri yang lain abah beli.

Dan inilah hasilnya Deko Bersama Abah di balkoni


Amacam cantik tak? Boleh tahan lah kan. Ingat Deko bersama Eric dan Deco Selebriti je boleh buat, Deko Bersama Abah pun boleh! Abah boleh anda pun boleh!

Tapi ni tak siap sepenuhnya lagi, abah bercadang nak beli kayu dan bertukang sendiri. Nak buat tempat duduk plak, tapi tunggu ada duit sikit baru buat. Idea dah ada dalam kepala otak ni tapi belum boleh diterjemahkan lagi.

Dalam water fountain, abah letakkan ikan gappy. Ada lima ekor semuanya, abah tengok semalam dah beranak tiga ekor.

Kepada blogger-blogger dan pembaca kalau nak hias balkoni  tapi takde idea tiru je abah punya ni. Takpun google je image. Banyak je contoh-contoh yang boleh diikut.

Nasihat abah, kalau nak beli pokok bunga cari yang jenis tahan lama dan kuat agar senang untuk dijaga. Anda boleh dapatkan nasihat daripada owner nursery yang jual pokok bunga tu.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates