Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Ramadhan. Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Aidilfitri. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

13 Perang sebelum balik beraya

Dah baca enteri abah tulis pasal Kenangan Ramadhan dulu-dulu & Bagaimana mendapatkan bantuan PLUSRONDA? 

Kita yang dah semakin berusia ni memang rindukan suasana ramadhan dulu-dulu kan? tul tak?

Kalau dah baca dua entri tu then baru kita boleh start perang....penting tu bagi pengguna lebuhraya Utara-Selatan.

Abah rasa memang jadi kebiasaan belum raya confirm ada yang berperang suami isteri pasal raya...bukanlah perang besar pun just mulut je bising. Takdelah sampai pukul memukul, smackdown ala WWF ke..itu melampau.

Awal tahun confirm dapat kalendar baru, time tu lah start tengok bila Raya Aidilfitri dan time tu jugalah sibuk berbincang pasal nak balik mana, berapa lama nak bertolak pukul berapa..kelakar kan..tapi itulah lumrah bila dah berumah tangga ni.

Korang yang belum kawin apa tau?? Cakap senanglah bertolak ansur lah..hormat suami lah..kecian kat isteri lah..apalah..itulah..inilah...tak kira nak balik kampung belah kita juga dulu..hahahaha..

Korang yang masih bachelor kalau seminggu cuti memang akan balik ke rumah mak bapak koranglah tapi kalau yang dah berkawin ni kena bahagi dua cuti tu untuk pastikan raya dapat balik ke rumah kedua-dua belah.

Abah masa mula-mula kawin memang dah sign agreement punya takkan gaduh raya balik mana pasal dalam claus memang dah tertera minggu pertama raya balik mana...first tahun kawin raya belah wife di Penang, second year belah Pahang, third year belah Penang pulak..

Macam kami memang akan tetap balik ke kampung halaman kedua-dua belah, so yang tu tkde masalah punya..yang masalahnya berapa lama nak duk penang..kena tengok cuti pulak..itu lah ini lah..

Tapi gaduh tetap gaduh..itu yang seronoknya, lagi meriah rumah tangga, tapi jangan gaduh lama-lama..

So, for this year abah already request 4 days annual leave..balik penang 26 Ogos malam sampailah 1 September then 2 September wife kena kerja tapi abah cuti, malam tu juga kami akan pulang ke Pahang sapai hari 6 September 2011..InsyaAllah, harap semuanya berjalan lancar.

Tambahan pula, raya ke-5 tu ada orang datang nak merisik adik perempuan abah dan bertunang terus..dapat bakal adik iparlah aku tak lama lagi..

So korang macam mana? dah plan nak balik bila? Pukul berapa nak bertolak? Yang takde kenderaan sendiri tu tak reti-reti nak booking flight ticket, bus ticket or train ticket?

Perang ke tak perang kita tetap sayang bini kita kan..sape tak sayang bini ooooiii.. 

Nak join GENG ABAH?

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates