Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 17, 2013

9 BR1M 2.0 Dibayar Mulai Februari – Husni

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.


Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

“Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak,” katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Sumber: UMNO Online

9 comments:

  1. wah... bagus ni... ^_^ alhamdulillah moga2 dapat membantu meringankan beban mereka yang menerima bantuan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bagus kita setuju..yg tak berapa nk bagus tu yang ramai tak setuju juga

      Delete
  2. Yeayyyy...Kerajaan BN ialah kerajaan paling bagus, paling prihatin di doniaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kata-kata pujian atau sindiran?hehehe

      Delete
  3. aik..kenapa post jadi gitu??ingtkan entry tak habis...hehheh

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum AK....wah !! bestnya dpt lagi la...janji ditepati !!!

    ReplyDelete
  5. la...ingtkan post blog Ak yang tak betul..rupanya tak habis loading..hehehe..tenet slow sini..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates