Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 17, 2013

16 Sharifah Zohra: 'Saya Akan Jelaskan'

SHAH ALAM – Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet.

Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat.
“Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani 'bertikam lidah' dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.

Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.

Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar

Sumber: Sinar Harian  

Komen AK :

Kita  tunggu kenyataan beliau.

16 comments:

  1. Carilah jalan penyelesaian yg terbaik….zaman sekarang segalanya bahaya..umat akhir zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dekat pilihanraya ni lagi lah..mcm-mcm hal terjadi

      Delete
  2. dah agak dah...mesti ada follow up dari issue ni... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..itu semestinya..tengah hot kan..tp kt TV3 tkde keluar ye

      Delete
  3. tak sempat tgk video ni sampai habes.

    ReplyDelete
  4. cari pasal namanya ni.... ehehe

    ReplyDelete
  5. js baru je tau...hihi..
    tertinggal betul..patut ada yg duk ckp listen3..

    ReplyDelete
  6. kita nanti kenyataan dia plak.. apa2 pun kena dengar pandangan dia juga..:)

    ReplyDelete
  7. kadang kitapun der buat salahkan cuma tak di videokan..
    semua manusia ni ada kekurangan.. jangan saling salah menyalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nak salah menyalah Cho Zila..tapi bila berada ditempat terpenting...kita sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain. Apa salahnya beri jawapan kepada Bawani. Kalau soalan dia negatif, sepatutnya orang yang dijemput beri jawapan positif. Itu lah sebenar tugas dia bila dijemput untuk memberi ceramah. Bukannya tarik mikrofon, kemudian paksa orang dengar apa dia nak cakap, kemudian beri contoh yang entah apa-apa.

      Delete
  8. Inilah contoh pemimpin yang tidak berwibawa

    ReplyDelete
  9. Bukti dah ade..video ada..apa lagi nak jelaskan.. f word utk sharifah

    ReplyDelete
  10. mmm...apa pun alasan...tak sepatutnya berlaku seperti dalam video ...contoh yg diberi x ada kaitan...soalan pulak tak berjawab...kata orang terpelajar...duduk dalam jawatan penting...tapi tak menunjukkan sebagai orang terpelajar pun...sudahnya terperangkap dengan cara yang tak relevan...maybe terlalu teruja nak menjawab soalan dari bawani...sampaikan contoh yang diberi tersasar dari yang sepatutnya...atau merasakan diri dah berada ditempat yg tinggi sedangkan yang ada dihadapan cuma seorang pelajar yang nasibnya belum tentu lagi bila keluar dari universiti...hmmmm...

    ReplyDelete
  11. emmmm.. jawapan dia yg the latest ni pun menampakkan sangat yang dia memang suka memutar belitkan kenyataan.. pelik tul orang cam ni... lagi berlagak ada lah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates