Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 10, 2013

12 Ajar Anak Lipat Pakaian Sendiri

Salam 1 Malaysia semua!

Hari ni AK nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna untuk kaum ibu dan anak-anak untuk masa depan. Perkara ni sebenarnya telah dilakukan oleh mak AK semasa kami adik beradik masih lagi kecil.

Bila sebut pasal pakaian mestilah melibatkan seluar, baju dan tudung bagi kaum wanita. Sesetengah keluarga sekarang hantar ke dobi atau digantung sahaja di dalam almari. Namun ada sesetengah masih suka melipat baju dan seluar.
Ok ini tips yang mungkin berguna untuk mengajar anak-anak melipat pakaian sendiri yang diamalkan oleh Mak AK semasa kami masih kecil.

Bayangkanlah kami adik beradik dah 7 orang dan banyakkan pakaian yang dibasuh setiap hari? 

"Mudah sahaja cara nak ajar melipat pakaian adalah dengan mengasingkan pakaian anak-anak dan lipat baju sendiri.  Setiap malam mak AK akan asingkan dan meminta semua melipat baju masing-masing tak kira anak lelaki atau pun anak perempuan."

Alhamdulillah hasilnya kalau wife AK melipat baju dan seluar AK turut membantu sebab semasa kecil AK dan biasa diajar melipat pakaian. 

Dulu masa mula-mula mak buat macam tu malas juga nak lipat tapi bila dah menjadi kebiasaan dah tak jadi masalah. 

Terima kasih mak!Lepas ni AK pula akan ajar anak-anak melipat pakaian mereka sendiri.


12 comments:

  1. sama la..masa kecik baju kena lipat sendiri..kadang2 kena sidai sendiri..heheh

    ReplyDelete
  2. suami mila pun kadang2 tolong lipat baju kalau dia tengok mila bersilat kat umah mengemas hehe...

    ReplyDelete
  3. SA dah ajar Dania supaya uruskan pakaian sendiri...basuh baju mmg SA buat la..tang lipat dan susun..mmg ajar dia...nanti senang masa dah masuk asrama..

    ReplyDelete
  4. memang dari kecik mama dah ajar lipat baju dan kemas sendiri dalam almari...siap kena monitor lagi...mana nak kena letak t-shirt...mana nak kena letak seluar... ada department2 lagi dalam almari tu... ^_^

    ReplyDelete
  5. melentur buluh biar dari rebungnya... :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates