Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 7, 2013

29 Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia

29 comments:

  1. ada jugak baca fatwa ni sebelum nak ukir inai tu...

    ReplyDelete
  2. panduan buat bakal pengantin baru

    ReplyDelete
  3. ada ustaz mana entah kata lelaki tak boleh pakai inai walaupun sikit.yang ni kata boleh pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak diharuskan bagi lelaki kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan

      Delete
  4. tq for sharing...bagus fakta nie...

    ReplyDelete
  5. Salam pagi Isnin..terima kasih atas info ini..hehe

    ReplyDelete
  6. sy pun suka berinai ukir2 ni...
    tp tumpang2 pakai bila ada majlis kawen je la..

    ReplyDelete
  7. inai ukir2 ni mmg trend kan bagi pengantin2 skrang...cantik2....lieya ade gak pakai....saje menyibuk majlis kawin org heheeheheh

    ReplyDelete
  8. bagus la keluar fatwa macam ni...jadi panduan..sebab mmg ramai yg berinai ..macam2 fesyen

    ReplyDelete
  9. bagus..good info..kadang2 dah melebih2 plak kan...nasib baik i x suka inai

    ReplyDelete
  10. suka pakai inai terutama masa nak raya...berseri jek tangan..nak pakai quitack kan tak leh...

    ReplyDelete
  11. good info... clear and precise...bagus untuk panduan semua orang muslim...

    ReplyDelete
  12. bagus info ni...mmg ramai yg nak tau...

    tengs sharing...

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum AK....info yg baik ni...:)

    ReplyDelete
  14. dedulu kawan pakai inai sbb cagu.. hahaha

    ReplyDelete
  15. nureen x suka pakai inai.. masa kawin dlu kena paksa hehee

    ReplyDelete
  16. semoga jadi panduan buat bakal2 pengantin ye....

    ReplyDelete
  17. tak minat pakai bercorak corak gini..suka pakai simple jer masa kawin dulu..

    ReplyDelete
  18. saya datang singgah ni...

    saya memang peminat inai... abis je kat jari pakai... abis ja pakai lagi...

    hari tu saya dengar ukir2 tu haram...
    jadi saya pakai kat jari jaa...

    dah ada panduan gini.. oke lah..
    mekaseh share ...

    ReplyDelete
  19. pernah baca fatwa ini..btw terima kasih mengingatkan nyer lagi..

    ReplyDelete
  20. oo xtau lak,nasib baik tbaca bog akak,
    zaza mmg suka wat inai ni,lau p mana2 ada nmpk org lukis inai ni msti nak wat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates