Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 8, 2012

10 Wow! Anjing Dilatih Pandu Kereta


 WELLINGTON - Anjing-anjing di New Zealand diajar cara untuk memandu kereta dengan memusingkan stereng, menekan brek dan pedal minyak.

Idea melatih anjing itu dikemukakan oleh agensi pengiklanan DraftFCB dengan kerjasama syarikat kereta Mini dan pihak Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan (SPCA) yang beribu pejabat di Auckland.

Buat masa ini, tiga ekor anjing yang bernama Porter, Monty dan Ginny dilatih selama dua bulan oleh pelatih haiwan, Mark Vette.

Vette melatih haiwan tersebut cara untuk memandu dengan menggunakan sebuah 'kereta beroda' kecil yang mengandungi tempat duduk, stereng dan papan pemuka.

Anjing itu duduk di atas kerusi dengan memakai abah-abah keselamatan, memusingkan stereng, menekan brek dan minyak.

BACA : Lebih 30 Tahun Tinggal di Saluran Pembentung

Papan pemuka 'kereta' itu dicipta khas supaya ia mempunyai pedal brek dan minyak.

Anjing-anjing tersebut akan menjalani 'ujian memandu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara ini pada Isnin ini.

Projek itu bertujuan bagi meningkatkan pengambilan anjing oleh orang ramai dari pusat perlindungan haiwan untuk dipulihara. - Agensi

sumber: kosmo online

Tak percaya? Saksikan sendiri video anjing ini memandu kereta di www.guardian.co.uk

10 comments:

  1. eh.. tak bahaya ke buat camtu. huhu..

    ReplyDelete
  2. macam2 mereka kat barat ni....hee anjing drive..

    ReplyDelete
  3. selagi tak dak orang mati semua nya boleh je...hehhe

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum AK...mmg the best la...;)

    ReplyDelete
  5. Baik ajar orang utan drive. Tak la kene samak hahaaa

    ReplyDelete
  6. @Dkna Abza depa bukan orang islam sbb tu tk kesah nk kena samak

    ReplyDelete
  7. fuyoo..anjing boleh drive??
    nti tak pasal2 anak-anak depa gi sekolah anjing yg hantar...hehe..

    ReplyDelete
  8. @khairul hassan hahaha itulah pasal..posing lah pasal ada org ambil gambar

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates