Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 10, 2012

4 Van Dijadikan 'Restoran' Minuman Teh


LONDON - Seorang wanita sanggup berhenti kerja dalam bidang pengiklanan semata-mata untuk menjual minuman teh dengan menggunakan sebuah van di sini.

Wanita itu, Emilie Holmes membelanjakan sebanyak £10,000 (RM16,035) untuk mengubah suai van Citroen H keluaran 1974 untuk dijadikan 'restoran' teh bergerak.

BACA : Van-Van Aiskrim Yang Sangat Cool

Mengubah van ini menjadi

Van seperti ini



Holmes tidak membuat pinjaman bank untuk tujuan melakukan pengubahsuaian van itu.


Dia menyiarkan rancangannya untuk membuka perniagaan teh itu di laman Kickstarter di internet.

Laman itu menyediakan kemudahan untuk orang ramai membantu membiayai perniagaan seperti Holmes. Wanita tersebut berjaya memperoleh £14,000 (RM22,449) dalam tempoh 25 hari.

Holmes memperoleh sumbangan daripada 372 orang di laman tersebut. Bagaimanapun, dia tidak perlu membayar balik wang tersebut. - AFP



sumber: kosmo online

4 comments:

  1. wahh..best nya.. tak perlu buat loan bank bagai, boleh juga berjaya.. tak perlu fikir hutang2...:)
    Kreatif.

    ReplyDelete
  2. a'ah tu lah pasal..pinjam bank sah-sah kena interest punya

    ReplyDelete
  3. senangnya. boleh tukar2 tempat berniaga. takla boring. hihi..

    ReplyDelete
  4. @Chic Na a'ah btl tu..cr lokasi yg ramai org

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates