Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 10, 2012

0 Kamera AES Disembur Cat


Seri Manjung: Kerajaan Selangor perlu bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan kes dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menjadi mangsa vandalisme.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab membantu polis kerana pemimpinnya sering ‘membuat bising’ mengenai penguatkuasaan sistem berkenaan.
“Di Selangor, pemimpin negeri mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai AES seperti mahu merobohkannya, mahu tutuplah dan macam-macam lagi, sekarang sudah jadi mangsa vandalisme.

BACA: Selangor Umum Penutupan 2 Kamera AES Mulai Esok

“Sepatutnya mereka memberi kerjasama kepada polis untuk membantu siasatan kes itu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan pakaian seragam Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di Kampung Baru di Kampung Koh, Sitiawan, semalam.

Kelmarin, dua kamera AES yang dipasang di dua lokasi di Selangor disembur cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dua kamera berkenaan terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) iaitu di Kilometer (KM) 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) arah Kajang dan KM301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur.

Umum Tangguh Keputusan

Kes itu berlaku sehari selepas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu, mengumumkan penangguhan keputusan menutup kamera AES selepas dinasihat Penasihat Undang-Undang negeri supaya memberi peluang 30 hari kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menutup sendiri kamera itu.

Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut menyifatkan perbuatan vandalisme itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Katanya, kemalangan berlaku setiap hari di Selangor sehingga mendatangkan kecederaan, kematian dan kerosakan harta tetapi kerajaan Selangor tidak melakukan apa-apa untuk menangani perkara itu.

sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates