Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 6, 2012

2 Selangor Arah 2 Kamera AES Ditutup Mulai Esok

Shah Alam: Kerajaan Selangor semalam memutuskan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu ditutup mulai esok.



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan tidak memberi maklum balas terhadap surat dihantar pihak berkuasa tempatan menuntut kementerian itu mematuhi prosedur pemasangannya.

BACA: 93% Sokong Kelantan Dapat Royalti Minyak dan Gas

EXCO Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, berkata kamera yang mengesan kesalahan lalu lintas pengguna jalan raya itu yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan(SKVE) dan Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditanggalkan, esok.

Katanya, keputusan menanggalkan kamera itu kerana kata dua yang diberikan kepada kontraktor AES untuk berbuat demikian dalam tempoh dua minggu, sudah pun berakhir.
Katanya, kerajaan negeri menganggap pemasangan kamera itu sebagai binaan haram kerana kontraktor gagal memohon mendapatkan kebenaran arahan pembangunan.

Sumber: Berita Harian

Adakah ini berita menggembira bagi pengguna jalan raya terutama mereka yang melalui kawasan highway utara-selatan di Kajang?

2 comments:

  1. kalu boleh melibatkan hilang nyawa, better tak payah

    cahayanya saje dah boleh buat pemandu hilang kawalan!

    ReplyDelete
  2. @NM03 hehehe..orang jadi automatik slow bila lalu kat situ, pastu speeding semula..so apa kebaikannya?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates