Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 10, 2012

9 Kopi Najis Gajah Mempunyai Rasa Menakjubkan!

Jika di Indonesia cukup terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang kini di Bangkok Thailand pula popular dengan Kopi Najis Gajah.

Pelik dan menjijikkan tapi cukup sedap bagi penggemar kopi ini. Kopi yang dihasilkan daripada najis gajah ini dikenali sebagai Black Ivory.

Sebanyak 20 ekor gajah yang ditempatkan di sebuah pusat pemuliharaan  di wilayah Chiang Rai, utara Thailand diberi makan biji kopi.


Lebih memeranjatkan lagi apabila biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) dan kopi najis gajah ini merupakan antara yang termahal di dunia.

BACA: Popoye Mesir Ada Lengan Besar 

Bukan itu sahaja, malah beberapa hotel mewah di dunia telah  menawarkan minuman kopi najis gajah ini  kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.

Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77). Fuh mahal betul!

"Rasa kopi itu menakjubkan," kata isteri seorang warga Amerika Syarikat, Asleigh Nelson di sebuah hotel.





 Tonton video ini untuk saksikan bagaimana kopi najis gajah dihasilkan. http://www.kxan.com .
AK nak tanya korang rasa-rasa nak minum tak Kopi Najis Gajah ni jika diberi secara PERCUMA?


AK tengok diorang minum macam lazat je.


9 comments:

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates