Wednesday, December 19, 2012
8 Petani Tumbuk Mata Buaya Selamatkan Diri
MIRI - Seorang petani terselamat daripada maut setelah dia bertindak nekad menumbuk mata kiri seekor buaya yang menyerangnya di Sungai Sibuti di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Alimina Lamat, 44, dari Kampung Bulau Ulu, Sungai Sibuti sedang mencangkung di atas jeti untuk mandi sebelum tiba-tiba dilibas buaya berkenaan dipercayai sepanjang dua meter.
Menurutnya, sejurus diserang, Alimina terus menumbuk mata kiri Sang Bedal tersebut sebelum buaya berkenaan menggigit kaki kirinya.
"Mujur saya tidak tercampak ke dalam sungai dan sempat bergelut dengan buaya itu dari atas jeti.
BACA: Penyokong Malaysia Suka Main Laser dan Mercun Ketika di Stadium
"Saya juga sempat menendang tepat kepala buaya berkenaan sebelum ia hilang daripada pandangan saya," ceritanya di sini semalam.
Mencerita lanjut, dia yang telah berpuluh tahun mandi di jeti tersebut tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepada dirinya.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bekenu ketika dihubungi menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa mandi kawasan sungai tersebut.
Komen AK:
Takut nak mandi di tepi sungai kalau dapat tahu sungai tu ada buaya, tapi penduduk di Sarawak terutamanya sudah biasa.
sumber: kosmo online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat pagi..tindakan spontan...
ReplyDeleteSelamat pag
Deletenasib baik boleh selamat kan diri...
ReplyDeleteSarawak ni mmg terkenal dgn mangsa2 buaya ni...
Tempat kediaman bujang senang.hehe
Deleteaduhai....beraninya...xsakit ke tue
ReplyDeleteNak selamatkan diri..gigit terajang pun sanggup..tul tak
Deleteuih..beraninyer...sib baik boya tu x ngap dia kan...hehehhe
ReplyDeleteSebelum dia ngap tu yg dia ngap buaya tu dulu..ahahaha
Delete