Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 30, 2012

4 Gambar Sekitar Cameron Highlands

Cuti esok korang ke mana? Cameron Highlands ke? dah tengok Jalan Alternatif Ke Cameron Highlands. Kalau belum tengok, pergi baca dan faham jalan alternatif tersebut mungkin dapat membantu.

Oklah ini adalah autopost entri kerana...kerana..kerana..jawapannya disini. Ready To Go!-----Where?

Jom tengok beberapa keping gambar suasana di Cameron Highlands. Maaflah kualiti gambar tidak ditahap yang baik kerana AK hanya menggunakan kamera handphone sahaja.

Kenapa AK rasa macam pendek je? Lupa AK memang kecik pun.







Aksi Nur Iman dan Payung Strawbery

Adik bongsu abah merupakan insan yang paling gembira




















0 Buku Sejarah Bakal Ditulis Semula?

AK pasti ramai yang tidak mengetahui tentang penemuan artifak prasejarah terbaru Lembah Bujang pada tahun 2009 yang lalu.


Penyelidikan ini telah dilakukan oleh sekumpulan arkeologis Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM. Mereka telah menemui artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi abad ke-3 Masihi hasil projek ekskavasi di Sungai Batu, Semeling, dalam Lembah Bujang, dekat sini.

Pada 24 November 2012 yang lalu AK telah ke Sg. Petani untuk daftar adik AK masuk UiTM Cawangan Sg. Petani. Masa sesi bersama waris tu ada pegawai yang maklumkan bahawa ada penyelidikan sedang dilakukan lebih kurang 3KM daripada UiTM ini.

Sebelum tiba di UiTM, AK dan wife pun pelik kenapalah ada khemah dan kanvas dipasang di kawasan ladang kelapa sawit. Bukan satu tapi cukup banyak. Akhirnya persoalan kami terjawab semasa perjumpaan dengan waris.

Wah, nampaknya jika kajian yang dilakukan ini benar, tidak mustahil buku sejarah Malaysia bakal diolah sedikit.

Balik tu kami berhenti di tepi jalan untuk melihat aktiviti yang dijalankan.









AK tak berani pula nak masuk ke kawasan dalam tu takut dianggap sebagai penceroboh, cukup sekadar ambil gambar dari tepi jalan tu. Time tu pun dah pukul 6 lebih, suasana agak gelap disebabkan hujan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca ini Artifak Prasejarah Terbaru Ditemui Di Lembah Bujang

Thursday, November 29, 2012

5 Ready To Go!----- Where?

Alhamdulillah, settle semuanya. Tapi bukan AKyang kemas tapi wife.hehehe..Thanks to my lovely wife.

AK buat apa? Of courselah menghadap blog. Fikirkan apa yang perlu dimasukkan dalam entri-entri sepanjang ketiadaan AK.

AK ke mana ye?

Ha cuba teka! Kalau betul tekaan nanti AK akan bagi hadiah misteri tapi untuk yang jawapan yang terawal dan betul.




Ok cepat teka, teka dan teka.Hehehe.

Jawapannya adalah : Jakarta dan Bandung

4 Nenek GRO Dicekup di Bar


BUTTERWORTH : Seorang nenek tiga cucu memberi alasan kesempitan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Taman Chai Leng, Perai, di sini. kelmarin.

Nenek berusia 59 tahun itu ditahan sepasukan 15 penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi cegah maksiat di beberapa lokasi pusat hiburan berkonsepkan ‘bar korek’, pada jam 11 malam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil tidak bernombor di belakang premis itu, pihaknya menemui wanita terbabit bersama seorang rakan lingkungan 50-an sedang duduk dan disyaki menunggu pelanggan di pusat hiburan berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati, kedua-dua mereka beragama Islam dan bekerja di premis berkenaan.

Katanya, kedua-dua mereka kemudian diberitahu kesalahan dan ditahan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk diambil keterangan diri.

Info lanjut dapatkan di Harian Metro\

Aduh nenek, hari sudah senja, rumah kata pergi kubur pula kata mari-mari. Sudah-sudahlah tu, kembalilah ke pangkal jalan.

3 Menakjubkan Origami Terkecil Oleh Anja Markiewicz

Adakah anda kreatif?

Minat kertas dan suka membuat origami?

AK pernah buat dulu tapi sekarang dah tak ingat cara-cara nak buat. Tapi Anja Markiewicz, dia memang cukup kreatif dan dan menakjubkan apabila ciptaan origami yang begitu kecil.

Jom kita tengok origami mini ini.








sumber: thisiscolossal.com

4 Popoye Mesir Ada Lengan Besar

Wah besarnya lengan brother ni!

Agak-agak kaum wanita cair tak tengok aksi pemuda berketurunan Mesir, Moustafa Ismail yang tinggal di MILFORD, Massachusetts?

Dia makan tiga kilogram (kg) protein, 4.08kg karbohidrat dan minum air sebanyak 11.35 liter pada setiap hari dan ukur lilit lengan Moustafa yang berusia 24 tahun itu ialah 79 sentimeter.

BACA : Awas Bayi Selesema Seminggu

Tapi buat masa ini pihak Guinness World Records masih menimbang sama ada akan mengiktiraf Moustafa sebagai pemilik lengan terbesar di dunia atau tidak.

Untuk info lanjut berkaiatan pemuda Mesir yang miliki lengan terbesar dunia ini anda boleh baca di kosmo online.







Besarnya lengan dia!

0 Imej Lembaga Jelir Lidah Dirakam


KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

sumber: Sinar Harian

Wednesday, November 28, 2012

2 Ini Terjadi Selepas Hujan di Selatan China

3 Sky Park Singapura Yang Super Cool


Fuh memang betul-betul exclusive Sky Park di Singapura ni.



Masa AK dan keluarga pergi dulu Sky Park masih lagi dalam keadaan begini.




Dua tahun lepas abah dan keluarga berpeluang melawat negara jiran kita Singapura. Masa tu Nur Iman kecik lagi dalam 5 atau 6 bulan tak silap abah. Ketika itu juga Sky Park ni masih lagi dalam pembinaan. Orang putih cakap under construction.hehehe.

Sekarang dengarnya memang dah siap dah cukup hebat. Jom layan beberapa keping gambar Sky Park di Singapura ini.











Jangan lupa like page fb abah khalisha


Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates