AK pasti ramai yang tidak mengetahui tentang penemuan artifak prasejarah terbaru Lembah Bujang pada tahun 2009 yang lalu.
Penyelidikan ini telah dilakukan oleh sekumpulan arkeologis Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM. Mereka telah menemui artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi abad ke-3 Masihi hasil projek ekskavasi di Sungai Batu, Semeling, dalam Lembah Bujang, dekat sini.
Pada 24 November 2012 yang lalu AK telah ke Sg. Petani untuk daftar adik AK masuk UiTM Cawangan Sg. Petani. Masa sesi bersama waris tu ada pegawai yang maklumkan bahawa ada penyelidikan sedang dilakukan lebih kurang 3KM daripada UiTM ini.
Sebelum tiba di UiTM, AK dan wife pun pelik kenapalah ada khemah dan kanvas dipasang di kawasan ladang kelapa sawit. Bukan satu tapi cukup banyak. Akhirnya persoalan kami terjawab semasa perjumpaan dengan waris.
Wah, nampaknya jika kajian yang dilakukan ini benar, tidak mustahil buku sejarah Malaysia bakal diolah sedikit.
Balik tu kami berhenti di tepi jalan untuk melihat aktiviti yang dijalankan.
AK tak berani pula nak masuk ke kawasan dalam tu takut dianggap sebagai penceroboh, cukup sekadar ambil gambar dari tepi jalan tu. Time tu pun dah pukul 6 lebih, suasana agak gelap disebabkan hujan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh baca ini Artifak Prasejarah Terbaru Ditemui Di Lembah Bujang
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha