Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 29, 2012

4 Nenek GRO Dicekup di Bar


BUTTERWORTH : Seorang nenek tiga cucu memberi alasan kesempitan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Taman Chai Leng, Perai, di sini. kelmarin.

Nenek berusia 59 tahun itu ditahan sepasukan 15 penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi cegah maksiat di beberapa lokasi pusat hiburan berkonsepkan ‘bar korek’, pada jam 11 malam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil tidak bernombor di belakang premis itu, pihaknya menemui wanita terbabit bersama seorang rakan lingkungan 50-an sedang duduk dan disyaki menunggu pelanggan di pusat hiburan berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati, kedua-dua mereka beragama Islam dan bekerja di premis berkenaan.

Katanya, kedua-dua mereka kemudian diberitahu kesalahan dan ditahan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk diambil keterangan diri.

Info lanjut dapatkan di Harian Metro\

Aduh nenek, hari sudah senja, rumah kata pergi kubur pula kata mari-mari. Sudah-sudahlah tu, kembalilah ke pangkal jalan.

4 comments:

  1. semoga diberikan keinsafan dan hidayah....

    AK, tlg like sini http://www.facebook.com/pages/My-Sweetheart-Outlet/400990959963075?ref=hl

    thanks....

    saya pun dah like page abah

    ReplyDelete
  2. nenek bajet hot...adeyyai..ape la nk jadi...hurmmm...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates