Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 9, 2012

5 Rangkuman Berita Mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim

Mahkamah Adil, Kata Nik Aziz
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes liwat melibatkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan mahkamah adalah adil, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berita lanjut

Perhimpunan Dicemari Insiden Letupan
Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah di Jalan Duta di sini selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan berhubung kes liwat pada Isnin, mengakibatkan lima orang cedera. Berita Lanjut


Anwar bebas, mahkamah ragu kesahihan bukti
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan. Berita lanjut


Anwar tidak bersalah atas tuduhan fitnah II

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan itu disambut gembira kira-kira 10,000 peserta Himpunan 901yang membanjiri perkarangan mahkamah seawal jam 5 pagi.Berita lanjut
Kes liwat Anwar: Majlis Peguam sambut baik keputusan
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Majlis Peguam Malaysia menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat dan menyatakan bahawa “prinsip keadilan semula jadi menuntut tidak kurang daripada itu”.
"Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,” kata Presidennya, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan.Berita lanjut


Mohd Saiful Reda Dengan Keputusan Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.


Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata, beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.


Guang Eng Berharap Tiada Lagi Konspirasi Terhadap Anwar
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berharap tidak akan ada konspirasi ketiga terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.


Sambil menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat sebagai keadilan yang terbukti, Guan Eng juga mendesak barisan pendakwa raya memberi penjelasan kepada rakyat mengapa mereka sanggup mengheret Anwar dalam kes tersebut. Berita Lanjut




5 comments:

  1. betul atau salah biar Allah yang tentukan. tp saya harap selepas kes ini selesai tiada lagi huru hara dan hidup lah kita dengan aman :)

    ReplyDelete
  2. hrp2 jgn ada lagi kes liwat ke 3..smlm x sempat nk p tgk crmah anwar kt seberang jaya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates