Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 9, 2012

4 Beli Belah di Carrefour

Ramai betul orang di Carrefour Wangsa Maju Ahad baru ini. 


Kebetulan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, so memang penuh carrefour dengan masyarakat cina membeli segala persiapan untuk perayaan mereka.


Dek kerana banyak barang rumah dan keperluan Nur Iman dah habis abah, wife dan Nur Iman turut ke sana untuk membeli belah.


Abah perhatikan banyak juga rak yang kosong sampaikan gula, minyak, dan sebahagian biskut habis. Kebetulan semasa nak ke Carrefour abah ada perasan kedai Rakyat 1 Malaysia berdekatan Carrefour so abah singgah beli gula dan telur.


Susu Nur Iman, pampers, beras, minyak, sos, dan macam-macam lagi perlu dibeli kerana kehabisan stok.


Kembali mengenai cerita di Carrefour, sempena tahun baru cina ni, mereka menawarkan kupon bernilai RM10 untuk pembelian sebanyak RM88.00 dalam satu resit pembelian.


Atas nasihat penjaga kaunter, abah bayar barang dengan tiga kali bayaran so dapatlah tiga kupon. Ada cerita kelakar mengenai kupon ni nanti abah ceritakan dalam entri berikutnya. Tunggu tau!. Kupon tu valid bermula 9 -12 Januari 2012 sahaja.




Penuh juga satu troli barang yang dibeli, tengok dompet kempis dah.adehhhh....


Ada masa empat hari untuk redeem kupon tu. Agak-agaknya barang apa yang abah akan beli? teka meh..

4 comments:

  1. lama rasanya tak pegi carrefour... selalu pegi jusco je.. sbb bukak pintu je nmpk pintu jusco..depan umah je

    ReplyDelete
  2. murah sgt ka kt kedai i melsia tu ?

    ReplyDelete
  3. jusco semalam pun ramai gila cina bershopping.. masing2 penuh arak satu troli..

    ReplyDelete
  4. pasaraya lain pun penuh dengan orang tau abah,ramai sungguh.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates