Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 9, 2012

3 Keputusan Kes Liwat Anwar dan Pehimpunan 901

Dengarnya pagi ini keadaan jalan agak sesak. Betul ke?

Adakah kesesakan disebabkan hari ini hari isnin, sesi persekolahan telah bermula ataupun disebabkan perhimpunan 901?

Alhamdulillah, pagi tadi abah keluar dari rumah macam biasa dalam 6.40 pagi dan kesesakan biasa dialami dari Selayang, Kepong dan kawasan sekitar. Tiada pula sekatan polis berdekatan jalan Kuching dan Ipoh tadi.

Pagi tadi lepak dekat kedai kopi sambil tengok Astro Awani. Lebih kurang pukul 8.00 pagi dianggarkan seramai hampir 4,000 penyokong Dato' Anwar Ibrahim memenuhi ruangan yang disediakan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Perhimpunan ini yang dipanggil 901.

Tekak teki berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan,akan terjawab hari ini setelah empat tahun dibicarakan.

Bersalah atau tidak beliau sama-sama kita nantikan keputusannya.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates