Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 3, 2011

22 Eyes of Malacca

Terkenal dengan warisan peninggalan sejarah, Melaka memang cukup terkenal bukan sahaja di Malaysia malah turut dikenali di luar negara. Malahan itu, Melaka telah diiktiraf sebagai Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

Sabtu yang lalu, abah dan keluarga telah ke Melaka untuk hantar adik abah yang baru sembuh akibat demam denggi. Abah cuma pergi balik hari sahaja. Selayang - Melaka pun dalam dua jam sahaja. 

Kalau diikutkan ini kali ketiga abah ke Melaka bandar bersejarah. Nampak begitu banyak perubahan dan pembangunan berlaku di Melaka sewajar dengan Pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju pada 20 oktober 2010 yang lalu.

Sampai di Melaka abah ke Mydin. Fuh besar betul Mydin di Mek laka ni. Baru sahaja beroperasi, Mydin ini terletak berdekatan dengan bangunan MITC. Abah ke Mydin pun sebab adik nak beli barang dia.

Meh lah kita tengok gambar yang abah ambil ketika di udara iaitu semasa menaiki helikopter.

Itu Sungai Melaka. Di situ anda boleh menaiki Melaka River Cruise. Pelayaran sejauh 9km membolehkan anda meyaksikan pemandangan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan pelbagai lagi pemandangan yang menarik. Tapi dari udara ni tak nampak sangatlah apa yang menarik tu.hehehe..

 Lihatlah pembangunan yang begitu pesat membangun di Melaka ini.

 Errr...tak tau nak tulis apa yang ni. Korang komen sendiri.

Parking pun tak mencukupi. Ingat ye kalau anda ke Melaka pastikan anda membeli kupon parking. Nanti kena saman pula.

Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memang cukup luar megamall ini. Keddai-kedai di dalamnya abah perhatikan nak sama taraf dekat KLCC dah.


 Kapal tersadai. Hehehe. Bukanlah tak silap abah itu Muzium.

Ok...abah tipu je abah bukan naik helikopter tapi naik menda alah ni iaitu Menara Taming Sari. Anda dapat pemandangan yang cukup menarik sekitar Melaka seperti gambar-gambar yang abah snap di atas tadi.

Dataran Pahlawan..Banyak pahlawan kat sini. Ok abah tipu lagi!hehehe..Kaum wanita sukalah kalau ke sini. Shopping!

Antara tempat lain yang menarik yang boleh dikunjungi di Melaka adalah:
a) Zoo Melaka
b) Taman Buaya Melaka
c) Taman Rama-Rama
d) Kampung Buku Malaysia Melaka
e) Taman Mini Malaysia
f) Hutan Rekreasi Sungai Udang
g) Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
h) Tanjung Tuan (Cape Rachado)
i) Tasik Ayer Keroh
j) Kolam Air Panas Gadek
k) Menaiki Beca dan Kereta Lembu

Maklumat lanjut mengenai tempat menarik di Melaka sila kunjungi Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka. 

Untuk penginapan hotel di Melaka, anda boleh semak harga dan tempah hotel di Booking.com . Terdapat 63 hotel di pamerkan di situ.

Banyak kan tempat menarik. Tapi bukan semua tempat abah dah pergi. Mungkin di lain hari pula. Kalau pergi sekaligus nanti lain kali dah tak seronok pula nak pergi. Mungkin pergi kali ke lima atau keenam pula agaknya baru complete semua tempat.

Petang tu dalam pukul enam abah hantar adik di rumah sewanya dan terus pulang ke Selayang. Selamat menjalani latihan praktikal wahai adikku.

Cuti-cuti Malaysia...

22 comments:

  1. haha

    ingat betul naik hele..

    kayo tu

    ReplyDelete
  2. hehehe..banyak btl duit nek heli..hehehe..naik keris je.

    ReplyDelete
  3. wah sakan cuti2 malaysia nih...bez2...:)

    ReplyDelete
  4. hehe tak teripu pun.. sebab pernah gak naik. so mmg tau pemandangannya :P hehe jom cuti2 malaysia

    ReplyDelete
  5. Hihi sib bek tak tertipu, mahal jugak tiket dia kan, skala2 xpela

    ReplyDelete
  6. heheh..ingat naik heli tadi.

    dah lama tak pi melaka.

    ReplyDelete
  7. pernah sekali naik menara tamingsari ini..walaupun gayat ketinggian tapi nak rasa gak naik.. best :-)

    ReplyDelete
  8. wahh dtg melaka ker...tu la x nak kasi tau lau tak leh mama bw jenjalan ronder2..kg morten x g??sana happening gak...

    ReplyDelete
  9. renjer blum pernah lagi jejak kaki kat melaka :) tengok gmbar2 abah ni rase trngin nk mlwat ke sane :)

    nti nk ajak cik ana dairy kecilku tu la mlwat melaka ^_^

    ReplyDelete
  10. info yang bagus..baru plan nak pgi jalan2 kat melaka... abu tak pernah pgi melaka lagi..
    nak tahu mana hotel2 bajet kat asana..ada tak?..

    ReplyDelete
  11. last sekali sy p melaka..13 tahun yg lalu

    ReplyDelete
  12. berbaloi pergi Melaka, kan abah Khalisha..! :-)

    ReplyDelete
  13. bandar Melaka bandar yang bersih..

    ReplyDelete
  14. Best g melaka..suasananya lain macam je..bersih je..banyak bunga-bunga sana sini

    ReplyDelete
  15. last pergi bila dah nak balik
    baru ternampak ini

    insyaAllah kalau pergi lagi nak
    gak merasa :)

    ReplyDelete
  16. amboi..beshnya..
    cheqna last g melaka tahun 2008

    ReplyDelete
  17. ish igtkan betul2 la naik helikopter,teruja la

    ReplyDelete
  18. saya orang melaka pun tak pernah pergi, rasa loser kejap haha ~

    ReplyDelete
  19. Dulu ada Eye On Malacca kat persisir sungai tu. Sempat naik sekali. Ternyata Melaka telah jauh berubah berbanding 15 tahun lalu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates