Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 11, 2011

13 Hari minggu yang sibuk

Fuh sibuk betul dua hari ni, Sabtu dan Ahad penuh dengan aktiviti yang cukup menggembirakan. Taknak cite banyak sangat sebab penat sikit malam ni sebab esok abah nak ke area office di Temerloh, Pahang. So nak rehat sikit tapi updatelah sikit malam ni.

Hari Sabtu Tengahari bertolak ke Banting ke majlis perkahwinan kawan sekelas masa di UiTM. Ni picture kami bebudak kelas dulu. Ini je yang ada kelapangan dan berada di area Lembah Klang.

Selamat pengantin baru Izzatil & Shakir. Tunggang di malam hari berhati-hati ya!haahaha

Malam pula abah dan keluarga ke Sri Gombak pergi rumah makcik abah. Ok itu hari Sabtu, pastu balik solat dan tidur je.

Hari Ahad pula awal pagi dah bangun dan pergi ke Pasar Selayang untuk beli ikan bawal, udang, sayur dan bahan-bahan dapur yang lain. Sebabnya abah ada menjemput member-member masa belajar dulu datang rumah. Yelah bukan selalu dapat jumpa. Sekali sekala bertemu seronok, banyak perkara yang dibincangkan.

Dah beli barang di Pasar Selayang abah, wife dan adik serta Nur Iman bergandung bahu menyiapkan makanan tengahari. 

Dalam pukul 1 lebih ex-member kelas abah datang. Tak payah cakap banyak jom kita makan je.

Pastu dalam pukul 2.45 petang kami semua ke Puncak Alam pula beraya di rumah ex-lecturer kitaorg iaitu Encik ASO ( Ahmad Souffian Othman). Ni aksi member-member masa di rumah En. Aso.

 Yang belakang sekali dah berpunya, yang belah kiri pun sudah berpunya, yang belah kanan nak masuk jarum abah boleh tolong kalau ada sape-sape nak?hehehe.

Sebenarnya abah kebetulan nak hantar adik di UiTM Puncak Perdana itu yang follow diaorg sekali. Malam ni tak tahu apa yang dibebelkan mungkin sebab penat. 

Tapi memang seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. Masing-masing nak kahwin dah ni. Pasni beranak pinak diaorg.

Selamat malam semua!

13 comments:

  1. wahh.sibuknya, patut la tak nampak update.

    selamat pengantin baru Izzatil dan Shakir.

    ReplyDelete
  2. wah, busynya.. takpe, jauh (banyak) perjalanan luas pemandangan ^^ hehe

    ReplyDelete
  3. cantiknya rumah abah...kemas jek..

    ReplyDelete
  4. bz banget dengan aktivit makan2 ye...

    kalo jumpa kawan2 lama memang best
    konpem sembang tak hengat donia!
    ekekekekek

    ReplyDelete
  5. tolong masukkan jarum utk yg belah kanan tu utk cik ana...hehe

    ReplyDelete
  6. minggu raya-raya ni memang bz setaip minggu..sibuk open house + org kawen..

    ReplyDelete
  7. hehehe busy ehh?? lama tak update.. rupa2 nya layan makan2 dulu dekat umah member2 yaa... :D

    ReplyDelete
  8. abah buat open house tak jemput pun..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates