Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 20, 2011

8 Restoran Nelayan Titiwangsa tidak berubah

Alhamdulillah, ada rezeki sikit baru ni, wife dan abah berkesempatan untuk berbuka puasa di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa pula. Awal Ramadhan, kami berbuka di Restoran TUU...Dia Pak Tam dengan harga buffet RM9.90 seorang.

Kali ni di Restoran Nelayan, abah belanja adik abah, wife belanja sepupu dia, Nur Iman plak tak belanja sesiapa pun.hehehe.

Dengan bayaran RM35.00 seorang kami dapat menikmati buffet Ramadhan 5 dalam 1 iaitu makanan melayu, makanan cina, steamboat, BBQ ayam dan satay. Cukup berbaloi kan? Harga buffet tahun ni masih lagi sama dan tidak berubah seperti tahun lepas. Ini yang abah tabik spring kat management Restoran Nelayan ni.

Baca: Fenomena Burger KL Bini-Biniku Gangster

Alhamdulillah, kerana ini tahun kedua kami dapat berbuka di sini. InsyaAllah jika dipanjangkan umur lagi dan dimurahkan rezeki tahun depan kami akan ke sana lagi.

Kepada yang belum pernah ke Restoran Nelayan Titiwangsa ni meh kita tengok sikit suasana di dalam restoran tersebut.

Tengoklah ramaikan, ada yang bawa keluarga, ada datang dengan kawan-kawan office, ada yang pakwe makwe datang juga. 

 RM35.00 tu hanya untuk makan je ok. So air harganya berasingan. Wife abah dah beli siap-siap air oren untuk minuman kami.

Ini yang paling special, udang, ketam, ikan pari, bebola ikan, bebola daging, sayur dan macam-macam lagi. Steambot ni kita kena buat sendiri tau. Diorg dah sedaikan bekas dan kuah di dalamnya.

 
Nampak makanan yang paling bawah sekali? Roti jala, my favorite food.  Nak tau sape yang bikin ni?

"Awak datang masuk ni tiga kali dah ambik roti jala," kata dia ni.
"Sebab sedap tulah saya datang balik", jawab abah.hahaha...
"Saya makan roti jala awak daripada tahun lepas lagi tau,"Tambah abah lagi.

Tambahan pula, kita dah bayarkan, so sukahati kitalah kita nak abik berapa ratus kali pun. Tul tak? Habis udang pergi ambik udang, habis ketam dah tak boleh tambah. Abah perasan stok ketam sikit je tahun ni.

Abah makan dalam 15 minit lepas terus ke Surau untuk menunaikan solat Maghrib, lepas tu boleh sambung semula makan sepuas-puasnya.

Yang tak patutnya abah perasan ada di antara pengunjung yang ambik terlalu banyak makanan tapi tak dapat habiskan. Tamak sangat. Tak fikir ke diorg macam mana keadaan orang Somalia yang nak dapat makan sehari sekali pun susah, kita di Malaysia pula begitu mewah dengan makanan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk berbuka puasa di Restoran Nelayan Titiwangsa ini bolehlah menghubungi 03-40228400/ 0748/ 0749/ 0756 untuk tempahan.


8 comments:

  1. wow... RM35 untuk 5 jenis bufet... memang berbaloi tu... tahun ni shera tak sempat lagi pegi makan kat luar...

    ReplyDelete
  2. huhuuu hari tu dah plan nak berbuka di situ...tapi tercancel la pulak..insyaAllah..ada rezeki nak berbuka jugak situ... =)

    ReplyDelete
  3. murah nie abah..macam macam boleh makan....pergi ramai ramai memang seronok laaaaa...

    ReplyDelete
  4. abah,saye dok johor camne nak g sane???jauh bebenorrr!!!!!huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. mnarik tu abah,
    HB sy slalu ajk mkn buffet tp mngenangkn d hotel hg mlmpau2 last2 ckp kt HB mkn kt rmh sudahlah heheh

    ReplyDelete
  6. Best2...tapi mesti kena pergi awal utk buat tempahan....atau call je tuk buat tempahan...

    ReplyDelete
  7. aiks! bole plaks mamat(ker minah?) roti jala tuh ckp mcm tuh? pttnyer dier bangga laa org dok ulang2 amek. sy pon setuju ngan abah. hampeh sungguh manusia2 yg tamak haloba tuh. lebey teruk dr org somalia yg berhari2 x mkn.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates