Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label anjing. Show all posts
Showing posts with label anjing. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

0 Anjing Pandu Kereta di Litar Lumba

 
WELLINGTON - Dua ekor anjing terlatih memandu sebuah kereta yang diubah suai di sebuah litar perlumbaan di Auckland, New Zealand semalam.

Kedua-dua ekor anjing itu yang bernama Monty dan Porter lulus ujian memandu manakala aksi haiwan tersebut disiarkan menerusi televisyen.

Tujuan aksi tersebut disiarkan adalah untuk meningkatkan minat orang ramai supaya menjadikan anjing dari rumah-rumah perlindungan sebagai haiwan peliharaan.

Dua ekor haiwan itu merupakan sekumpulan anjing penyelamat dari Auckland yang diajar untuk memandu kereta.

BACA: Wow! Anjing Dilatih Pandu Kereta

Rakaman anjing-anjing itu belajar memandu mencetuskan sensasi di internet sebelum ini.

Beberapa klip video yang menunjukkan anjing-anjing berkenaan memandu telah ditonton lebih 700,000 kali di laman YouTube setakat ini.

Dalam ujian memandu itu, Monty memandu sebuah kereta Mini yang telah diubah suai di sepanjang laluan yang lurus.

"Semuanya dilakukan sendiri oleh anjing jantan itu," kata jurulatih haiwan, Mark Vette ketika Monty memandu kereta tersebut di sepanjang litar berkenaan.

Menurut Vette, anjing itu menghidupkan enjin, meletakkan satu kakinya di brek untuk menolak gear dan memandu kereta berkenaan.

Papan pemuka kereta itu diubah suai dengan dilengkapi pedal minyak dan brek. - AFP


sumber: kosmo online

Saturday, December 8, 2012

9 Wow! Anjing Dilatih Pandu Kereta


 WELLINGTON - Anjing-anjing di New Zealand diajar cara untuk memandu kereta dengan memusingkan stereng, menekan brek dan pedal minyak.

Idea melatih anjing itu dikemukakan oleh agensi pengiklanan DraftFCB dengan kerjasama syarikat kereta Mini dan pihak Persatuan Pencegahan Kekejaman Haiwan (SPCA) yang beribu pejabat di Auckland.

Buat masa ini, tiga ekor anjing yang bernama Porter, Monty dan Ginny dilatih selama dua bulan oleh pelatih haiwan, Mark Vette.

Vette melatih haiwan tersebut cara untuk memandu dengan menggunakan sebuah 'kereta beroda' kecil yang mengandungi tempat duduk, stereng dan papan pemuka.

Anjing itu duduk di atas kerusi dengan memakai abah-abah keselamatan, memusingkan stereng, menekan brek dan minyak.

BACA : Lebih 30 Tahun Tinggal di Saluran Pembentung

Papan pemuka 'kereta' itu dicipta khas supaya ia mempunyai pedal brek dan minyak.

Anjing-anjing tersebut akan menjalani 'ujian memandu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara ini pada Isnin ini.

Projek itu bertujuan bagi meningkatkan pengambilan anjing oleh orang ramai dari pusat perlindungan haiwan untuk dipulihara. - Agensi

sumber: kosmo online

Tak percaya? Saksikan sendiri video anjing ini memandu kereta di www.guardian.co.uk

Friday, November 16, 2012

4 Mereka Suka Makan Anjing!

Kita biasa dengar orang makan kelawar goreng, cengkerik goreng,tarantula goreng, telur itik kerana ia merupakan makanan eksostik.

Tapi kita jarang dengar dan lihat orang makan anjing!

Bagi kita umat Islam anjing merupakan binatang yang haram tapi kita tidak sampai hati melihat anjing-anjing ini dimakan buat hidangan. Sungguh menjijikkan.

Itu yang terjadi China, di mana mereka menggemari daging anjing. Tengok sajalah gambar dibawah. Kecian anjing-anjing tersebut.









sumber: stuntfoodways,articles.cnn.com, ngureco.hubpages.com

Thursday, November 17, 2011

9 Sikap yang wajar dicontohi!

Banyak kali dah abah perhatikan perlakuan ini. Abah selalu hantar dan ambil wife yang bekerja di Persiaran KLCC dan di sekitar kawasan tersebut memang banyak Kondominium yang mewah-mewah.

Siapa yang tinggal di sana? Kondominium mewah di tengah-tengah KL. Of course lah Mat Salleh dan mereka kebiasaannya mempunyai beberapa ekor haiwan peliharaan iaitu anjing.

Apa yang biasa abah perhatikan mereka atau orang gaji mereka akan selalu membawa haiwan kesayangan mereka bersiar-siar tengok keindahan alam iaitu bangunan konkrit dan udara tercemar.hehehe...Al-maklumlah di KL mana ada udara segar.

Biasanya anjing ni kalau nak melepas kat mana-mana pun boleh, mereka akan duduk untuk mengeluarkan najis mereka. Almaklumlah nak masuk tandas mahal.hehehe..


Apa yang membanggakan dan abah hormati owner anjing tu, mereka pasti akan membawa plastik di tangan dan kutip najis anjing tersebut di dimasukkan di dalam plastik. Baguskan mereka! Betul-betul jaga kebersihan negara orang.

Kita rakyat Malaysia?mmm sendiri fikirlahkan..Ada anjing atau kucing berak merata-rata...

Bab anjing tu kencing abah tak pasti pula.hehehehe..Tak nampak plak owner dia bawah botol-botol. Mungkin pancut je kot.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates