Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label berak merata. Show all posts
Showing posts with label berak merata. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

9 Sikap yang wajar dicontohi!

Banyak kali dah abah perhatikan perlakuan ini. Abah selalu hantar dan ambil wife yang bekerja di Persiaran KLCC dan di sekitar kawasan tersebut memang banyak Kondominium yang mewah-mewah.

Siapa yang tinggal di sana? Kondominium mewah di tengah-tengah KL. Of course lah Mat Salleh dan mereka kebiasaannya mempunyai beberapa ekor haiwan peliharaan iaitu anjing.

Apa yang biasa abah perhatikan mereka atau orang gaji mereka akan selalu membawa haiwan kesayangan mereka bersiar-siar tengok keindahan alam iaitu bangunan konkrit dan udara tercemar.hehehe...Al-maklumlah di KL mana ada udara segar.

Biasanya anjing ni kalau nak melepas kat mana-mana pun boleh, mereka akan duduk untuk mengeluarkan najis mereka. Almaklumlah nak masuk tandas mahal.hehehe..


Apa yang membanggakan dan abah hormati owner anjing tu, mereka pasti akan membawa plastik di tangan dan kutip najis anjing tersebut di dimasukkan di dalam plastik. Baguskan mereka! Betul-betul jaga kebersihan negara orang.

Kita rakyat Malaysia?mmm sendiri fikirlahkan..Ada anjing atau kucing berak merata-rata...

Bab anjing tu kencing abah tak pasti pula.hehehehe..Tak nampak plak owner dia bawah botol-botol. Mungkin pancut je kot.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates