Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Monday, December 10, 2012

12 Pameran Kereta Atau Pameran Wanita Seksi

Kerajaan China telah mengeluarkan amaran keras setelah sejumlah model berpakaian separuh bogel semasa di pameran kereta di Chengdu, awal bulan September yang lalu.


Seperti ditulis oleh Car News China, penganjur Chengdu Motorshow telah mendapat amaran keras daripada kerajaan China kerana memaparkan model yang hampir bogel yang posing untuk kereta Kia, Citroen, dan Toyota.

BACA : Peluang Anda Memenangi Android

So, apa lagi kalau dah berpakaian seksi dan hampir bogel sudah pasti ramai wartawan dan pengunjung lelaki akan mengerumuni booth mereka.

Malah ini bukan kali pertama pameran kereta di China mencipta kontroversi dengan model-model yang berpakaian sangat minimum.

Hal yang sama juga berlaku pada pameran kereta di Beijing, China April tahun ini dan telah memaksa kerajaan China mengeluarkan teguran keras terhadap cara pemakaian model-model.


Persoalannya, penganjur cuba menarik pengunjung untuk membeli kereta-kereta atau meminta pengunjung untuk melihat model-model yang seksi? Kalau ikut tak payah minta memang orang akan tengok punya. Free show lah katakan.

BACA : Dua Kesan Bahaya Demam


So di Malaysia bagaimana ye?

Setakat ni masih boleh dikawal, terkawal atau bebas? Rasanya di PC fair pun ramai wanita-wanita seksi yang menjadi sales girl dan model-model untuk barangan komputer. Betul tak?

Friday, November 23, 2012

6 Rumah Di Tengah Jalan Raya

Pampasan yang ditawarkan rendah adalah sebab utama sepasang suami isteri enggan berpindah.

Mereka tinggal di sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat yang berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang, Wenling China.

BACA:  Bahana Kencing Tikus

Jiran-jiran yang lain telah lama berpindah. Maklumlah harga rumah di China sangat tinggi sehingga ramai yang menyewa dan tinggal di rumah kapsul.













Kalau korang agak-agaknya pindah tak kalau pampasan yang ditawarkan adalah rendah?

sumber: dailymail.co.uk

Super Cool: Design Rumah-Rumah Yang Pelik Tapi Cool

Thursday, November 22, 2012

2 Datuk Popular Selepas Peraga Fesyen Wanita


GUANGZHOU - Seorang datuk di China menjadi popular sekelip mata selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiar di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Pada mulanya, lelaki berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka.

Namun, selepas cucunya memuat naik gambar-gambar itu di Internet, mereka tidak menyangka imej tersebut menjadi popular dalam masa semalaman.

Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.

Butik tersebut beribu pejabat di sini dalam wilayah Guangdong, selatan China.

Menurut akhbar tempatan, China Newsweek, wanita berkenaan memberitahu bahawa idea untuk memperagakan fesyen wanita itu datang daripada datuknya.

"Dia mengambil sehelai pakaian dan mencubanya untuk memberi tunjuk ajar mengenai suai dan padan," kata cucu perempuan Xianping.

"Kami anggap aksinya lucu dan terus merakamnya," tambah wanita itu. - Agensi

sumber: Kosmo online

Friday, November 16, 2012

4 Mereka Suka Makan Anjing!

Kita biasa dengar orang makan kelawar goreng, cengkerik goreng,tarantula goreng, telur itik kerana ia merupakan makanan eksostik.

Tapi kita jarang dengar dan lihat orang makan anjing!

Bagi kita umat Islam anjing merupakan binatang yang haram tapi kita tidak sampai hati melihat anjing-anjing ini dimakan buat hidangan. Sungguh menjijikkan.

Itu yang terjadi China, di mana mereka menggemari daging anjing. Tengok sajalah gambar dibawah. Kecian anjing-anjing tersebut.









sumber: stuntfoodways,articles.cnn.com, ngureco.hubpages.com

Friday, November 2, 2012

2 Suami Saman Isteri Kerana Hodoh

Kelakar bila abah ada dengar cerita fify kat Hot fm pasal seorang suami menyaman isterinya disebabkan isterinya berwajah hodoh.Lebih teruk lagi apabila bayi perempuan yang dilahirkan oleh isterinya dikatakan sangat hodoh. Memang langsung tk boleh terima hakikat suami ni.

Dia mula menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain kerana wajah anaknya sangat hodoh tidak seperti wajah isterinya itu yang cantik.

Setelah beberapa bulan bertengkar, akhirnya si isteri telah mengaku bahawa dia telah membuat pembedahan plastik sebelum berkahwin dulu. Si suami tu rasa seperti ditipu akhirnya memfailkan saman dan cerai terhadap wanita tersebut.

Moral of the story, walau betapa cantik wajah anda jika buat pembedahan plastik, genetik anda akan tetap sama. Tul tak? Pastu pasangan sepatutnya menerima seadanya keadaan pasangan kita.

Kejadian ini telah berlaku di Negara China


sumber : Yahoo

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates