Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label seksi. Show all posts
Showing posts with label seksi. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

12 Zarina Anjoulie Adalah Artis Seksi Yang Dicekup

PETALING JAYA - Pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bersama seorang lagi rakannya atas tuduhan memiliki dua biji pil eramin 5, empat hari lalu.

Zarina, 27, dan rakan lelakinya yang juga seorang pelajar kolej, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran.

Zarina terpaksa ditahan di Penjara Kajang sementara menunggu tarikh sebutan berikutan tiada siapa membayar wang jaminan RM2,000 yang ditetapkan oleh mahkamah.

Selebriti yang pernah membintangi drama Anak Pontianak itu didakwa bersama-sama rakan lelakinya memiliki dua biji pil dadah tersebut dengan anggaran berat 0.6 gram di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Bukhari Wan Mohd. menawarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Peguam Mohd. Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah agar mengurangkan wang jaminan tersebut atas alasan anak guam masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Nazri kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan syarat penjamin merupakan ahli keluarga mereka.

Mahkamah menetapkan pada 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

Mohamad Fakhruzaim membayar wang jaminan.

Sebuah akhbar kelmarin melaporkan pelakon dan model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu ditahan bersama teman lelakinya di kediaman mewah di Damansara Damai.

Semasa ditahan pasangan itu didapati menyimpan dua biji pil disyaki eramin 5 dengan anggaran berat 0.6 gram.

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada di dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah tersebut, suspek wanita membuka tingkap tetapi segera menutup semula pintu itu selepas menyedari orang itu merupakan polis.

Pada 2011, Zarina pernah ditahan oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor bersama-sama seorang lagi rakannya dalam satu operasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang.

Bagaimanapun, ujian air kencing yang dilakukan terhadap Zarina yang ditahan ketika itu mendapati dia negatif dadah jenis ketamin.

Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju menjadi perhatian ramai gara-gara gambar seksi dan mengghairahkan miliknya tersebar di alam maya yang dipetik daripada majalah FHM versi Indonesia.

Foto-foto tersebut menjadi kecaman dan kutukan banyak pihak kerana aksi-aksi panasnya itu

Sumber: Kosmo Online

Tuesday, January 1, 2013

16 Artis Seksi Dicekup

PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.


Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dapatkan Harian Metro!

Komen AK:

Berita yang kurang enak didengar sempena tahun baru yang baru bermula hari ini! Diharap dapat diambil pengajaran. Siapa artis tersebut? Kita tunggu...

Dah tahu siapa artis tersebut! Dia adalah Zarina Anjoulie

Jom tonton video warna-warni Bunga Api 2013 di http://youtu.be/iaurt-H3aBw

Friday, November 2, 2012

2 Suami Saman Isteri Kerana Hodoh

Kelakar bila abah ada dengar cerita fify kat Hot fm pasal seorang suami menyaman isterinya disebabkan isterinya berwajah hodoh.Lebih teruk lagi apabila bayi perempuan yang dilahirkan oleh isterinya dikatakan sangat hodoh. Memang langsung tk boleh terima hakikat suami ni.

Dia mula menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain kerana wajah anaknya sangat hodoh tidak seperti wajah isterinya itu yang cantik.

Setelah beberapa bulan bertengkar, akhirnya si isteri telah mengaku bahawa dia telah membuat pembedahan plastik sebelum berkahwin dulu. Si suami tu rasa seperti ditipu akhirnya memfailkan saman dan cerai terhadap wanita tersebut.

Moral of the story, walau betapa cantik wajah anda jika buat pembedahan plastik, genetik anda akan tetap sama. Tul tak? Pastu pasangan sepatutnya menerima seadanya keadaan pasangan kita.

Kejadian ini telah berlaku di Negara China


sumber : Yahoo

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates