Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 27, 2013

15 Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan


Walaupun dah berkali-kali di ingatkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal

Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

Sumber: facebook

15 comments:

  1. AJ memang takde pengalaman...
    Tapi ortang2 tua memang selalu larang bagi budak bawah 6 bulan minum air masak..

    ReplyDelete
  2. tq share info ini ye !

    ReplyDelete
  3. susu ibu yang terbaik..tak payah nak bagi air masak..orang tua memang suka bagi air masak..kita jangan la ikut pulak..dulu lain..sekarang lain..dulu tak de kajian2 tentang ni..sebab tu orang tua tak tau..bila kena sawan tarik depa kata kena sampuk..

    ReplyDelete
  4. TQ sharing info..
    banyak yg sy baru tahu..:)

    ReplyDelete
  5. yeke? x penah tau plak bahaya air masak kt baby nih

    ReplyDelete
  6. sungguh sy x tahu sebelum nih...t.kasih info ini. *patutlah sy tak cukup tinggi...haha masalah tumbesar :P

    ReplyDelete
  7. Tapi kakak dulu anak-anak kakak dari baby dah bagi air masak sebab kakak tak tahu.
    Mujur tak jadi apa-apa. Ilmu baru buat kakak nie..

    ReplyDelete
  8. owh
    thanks for info
    baru tahu air masak tak elok rupanya untuk bayi

    ReplyDelete
  9. Salam.. bru 1st singgah sini :)

    tengs 4 share.. ada anak nanti dh tahu

    ReplyDelete
  10. OIC..SA baru tau...sib baik sempat susukan Dania sampai umur 6 bulan..pas tu sambung susu formula..dia pun kurang minum air masak...

    ReplyDelete
  11. serius tak tauuu
    thanks abah syer ttg air masak u kanak2 bwh 6 bulan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates