Jangan sentap jika korang tak buat perkara memalukan ini!
Kenapalah ada segelintir rakyat Malaysia yang datang stadium untuk menyokong Harimau Malaya dan dalam masa yang sama MEMALUKAN nama Harimau Malaya dan Malaysia dengan lontaran MERCUN dan pancaran LASER.
Sungguh tidak professional! Memalukan!
Kalau nak bersorak sekuat hati bersoraklah tak perlu menggunakan laser menghala ke pemain lawan ataupun pemain Malaysia. Bukan Harimau Malaya boleh menang dengan bantuan laser tu.
BACA: Petua Elak Panas Badan Selepas Makan Durian
Ingat tak kes dimana seorang pereka grafik, Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin yang mengalami kecederaan mata kekal ekoran terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak pada Julai tahun lepas?
Kenapa ada segilintir rakyat Malaysia yang langsung tidak mempelajari daripada kesilapan tersebut? Kalau rasa nak main mercun bakar dan pegang sendiri jangan lempar pada orang lain. Tak pasal-pasal orang lain yang mengalami kecederaan, ko plak? Terlepas macam tu je. Memang tak adil.
Malah dalam surat khabar kosmo hari ini menulis di mana Schafer, jurulatih Thailand mnyifatkan penyokong di Thailand jauh lebih profesional berbanding penyokong Malaysia.
"Di sini, tidak akan ada pancaran laser dan balingan mercun seperti di Malaysia.
"Penyokong mereka (Malaysia) tidak profesional, penyokong kami jauh lebih baik," kata Schafer pada sidang akhbar semalam.
Malu tak? Lepas tu keluar dalam newspaper di banyak negara tentang sikap penonton negara kita.
Kalau rasa nak main mercun dan laser balik rumah main dalam bilik. Tak pun tonton je TV lepas tu rasa nak tala laser kat pengadil ke, pemain lawan ke tala lah laser tu takde sape nak marah sebab ko tala dekat TV.
AK harap FAM dan polis akan ambil langkah bagi mengelakkan perkara sama daripada berulang. Jangan sampai ramai yang tercedera dan ambil tindakan baru nak mengadah.
Fikir-fikirkan wahai segelintir penyokong Harimau Malaya!
sumber: sinar harian, kosmo online
Thursday, December 13, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tu lah. Ada segelintir penyokong yg masih tak peka lagi. Ker tak faham bahasa.
ReplyDelete@Fiza Rahman tak tau lah diorg ni..memalukan negara je dan menyusahkan orang lain
ReplyDeletememalukan sungguh la yg main laser nih..nk ckp bodoh kang x elok..nk cakap pandai..xnmpk plak kepandaian dorg...
ReplyDelete@Niesa itulah nak cakap apa pun tak tau..tkde kesedaran diri..bukan kecik lagi ..dah dewasa!
ReplyDeleteerm.. diharap kan penyokong2 lebih berhemah..:)
ReplyDelete@aTieYusof Family mudah-mudahan utk masa akan dtg
ReplyDeletetu lah kan..datang sorak cukup lah..
ReplyDeletemmg memalukan!!
ReplyDeletepttnya tunjukkn attitude yg bagus, semangat kesukanan..tp ni menjahanamkn reputasi penyokong pastu yg terkena tempias, pemainnya jugak..kesian.. memalukan sungguh
ReplyDelete@nur anis tp segelintir suka bwk mercun dan laser..
ReplyDelete@MizzTina nama negara pun tercemar..cmner tu
ReplyDeleteaduhai .... harapnya lebih bersopan dan beradab lepas ni
ReplyDeleteteruk betul diorang ni..tak serik serik menyusahkan orang..buat malu je..
ReplyDelete@Rai Ourkizuna tau tkpe..masalahnya SEGELINTIR tu yang tak faham-faham bahasa
ReplyDeletetak suke!! dorang ni memang xde moral
ReplyDeletex nak belajar displin. dah tau mercun tu bahaya, sibuk nak main jugk.
huh, main laser2 macm bagus.. tapi tak sedar hal tu bikin hati panas..
>> ehhh emo pulakkkk ampunn
@Nisah Idhamhaha..sabar-sabar
ReplyDeleteKenapalah segelintir penyokong masih hendak menunjukkan sikap bodoh sombong yang memalukan itu? :(
ReplyDelete@Kakcik Nur ntahlah susah btl nak cakap
ReplyDeletesalam kunjung:) yes sy org ke 600..tetiba je kan..hehe..memalukan kan tgk segelintir peminat macm ni...x profesional langsung..enjoy game sudahla
ReplyDelete@intanfirdaus247 tahniah atas no 600 tu..terima kasih ya
ReplyDeletemanusia tak bertamadun..
ReplyDelete