Khalid malu skuad kebangsaan tiada hati dan semangat juang tinggi
Kuala Lumpur: Bekas pemain negara, Khalid Ali mengakui malu dan tidak tahu mana mahu letak muka selepas kekalahan Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal kepada pasukan jiran, Singapura, malam kelmarin.
“Jika dulu apabila saya turun melawan Singapura, saya cukup semangat untuk menang tetapi apa yang diperagakan skuad kebangsaan semalam (kelmarin), saya cukup malu. Tetapi saya tidak tahu Rajagobal atau anak buahnya ada perasaan itu atau tidak?,” soalnya semalam.
Walaupun menganggap persembahan Safiq Rahim dan rakannya itu bukan prestasi sebenar yang ada pada skuad Harimau Malaya namun aksi longlai ditunjukkan setiap posisi jelas sukar diterima olehnya dan penyokong setia.
Lari tanpa tujuan
“Singapura juga banyak melakukan kesilapan tetapi kita bermain tidak seperti diharapkan kerana kebanyakan pemain hanya sekadar berlari tanpa arah tujuan. Bermain bola sepak bukan hanya berlari dan tahu menyepak bola tetapi kita juga perlu ada strategi.
“Jelas, skuad kebangsaan kita sudah mundur dan jangan terus bagi alasan. Sudah cukup segala eksperimen kerana kita sudah lihat hasilnya,” tambahnya.
Khalid turut mempersoal senarai pemain dipilih pengendali negara itu kerana kebanyakan pemain adalah bukan mereka yang layak mewakili pasukan negara.
sumber: Berita Harian
Tuesday, November 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mata tertumpu kepada si kucing yang cumel !!
ReplyDeletehuhuhu, milik siapakah gerangannya ??
@Nisah Idham tk sure plak kucing siapa ini.hehehe
ReplyDelete