Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 26, 2012

6 Drive Thru at UiTM Merbok Kedah

Alhamdulillah, adik AK yang no. 6 berjaya mendapat tawaran untuk sambung belajar di UiTM Merbok, Kedah.

Tuuuuu dia orang cakap jauh sampai utara sana tu. Allah itu Maha Bijaksana dan Mengetahui kerana dia telah mengatur segalanya. Mana tidaknya kerana jodoh AK adalah orang Butterworth, Penang so tak payah nak pening kepala fikirkan mana nak bermalam.

Dari Selayang kami gerak ke Penang dalam pukul 8.30 malam dan selamat sampai dalam pukul 1.00 pagi. Sempatlah makan roti canai di tengah-tengah malam iaitu 12.05 tengah malam di perhentian Semanggol. Sampai rumah je terus terlentok.

Keesokkan pagi, kami sekeluarga gerak ke UiTM Merbok untuk pendaftaran takut juga nanti kesesakan berlaku semasa pendaftaran. Tapi AK agak terkejut kerana segalanya berjalan dengan lancar.


AK
memang puji penambahbaikan sistem pendaftaran kolej di mana pembahagian kunci adalah melalui cara drive thru. Ala-ala McDonalds dan KFC plak rasanya.

Dapat je kunci tu terus ke kolej Misra untuk meletakkan barang-barang dan beg adik perempuan AK. Selepas itu dalam pukul 11.00 pagi ada taklimat kepada waris. Sebenarnya taklimat ini tidak wajib tetapi rugi pula jika tidak pergi. Mungkin ada informasi yang berguna akan diperolehi.

Jika dibandingkan beberapa tahun dahulu AK pernah menghantar adik-adik AK di UiTM Segamat dan di UiTM Dungun. Memang agak serabut dan memeningkan jika di bandingkan sistem pendaftaran di UiTM Merbok pada tahun ini. AK tak sure pula jika semua sistem pendaftaran telah diselaraskan untuk mengelakkan kesesakan. Mungkin ada blogger yang boleh kongsikan?

Selesai je taklimat kami semua ke kedai berhampiran untuk membeli beberapa kelengkapan yang masih tidak mencukupi seperti berus, baldi, sabun pencuci, sabun mandi dan beberapa barangan lain.


Nur Iman Khalisha, anak AK pun sibuk juga nak membeli belah dan berjaya membuatkan Tok Ma(nenek) membelikannya sebuah buku.

Petang tu memang hujan lebat tapi kami berkesempatan ke Tanjung Dawai untuk membeli belah dan makan di situ. Nanti AK akan ceritakan ye. Kena tunggu tau!

Anyway AK ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan UiTM Merbok kerana berjaya mengelakkan kesesakan semasa pendaftaran.

Kepada adik AK, Nurhuda belajar rajin-rajin!



6 comments:

  1. aww...so sweet, http://studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @NJihe.am hehehe apa yg sweetnya tetiba letak link je.hehehe

    ReplyDelete
  3. salam :)
    sempat khalisha bersopink ye..
    cumel je die senyum..
    auntie nak pinjam senyuman awak boleh tak khalisha ?? (^_~)

    ReplyDelete
  4. tahniah buat adik2 abah, semoga menjadi org berguna!! minta tolong abah klik button Google +1 di entry Iphone 5 gadget impian ye

    tq abah!!!

    ReplyDelete
  5. Thanks add saya. :) Sedikit info mengenai homestay saya. Jika bercadang bercuti atau ada urusan di Kedah, Menginaplah di De Selesa Homestay di Taman Delima, Sungai Petani, Kedah. Sewa harian / sewa mingguan / sewa bulanan disediakan.

    Terletak di pusat bandar sungai petani & Alamat No. 617 Lebuh Nilam, Taman Delima, 08000 Sungai Petani, Kedah (berhadapan Sek. Men. Keb. Tunku Ismail).

    Sudi LIKE page saya di https://www.facebook.com/Deselesahomestay

    Terima kasih :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates