Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 4, 2012

0 Almera Model Terbaru Nissan

Salam semua..Diharapnya semua sihat. Petang tadi abah dan keluarga berkesempatan singgah di Nissan Showroom di dekat Wangsa Maju.

Almera tampil dengan tiga gred berbeza iaitu E, V & VL serta versi lebih sporty, Nissan ALMERA Talaan IMPUL.

Tapi cukup tertarik dengan Nissan ALMERA Talaan IMPUL yang dilihat cukup sporty. Menggunakan enjin HR15DE terbaharu Nissan yang bersesaran 1.5 liter begitu menjimatkan. Tak silap abah penggunaan minyak sebanyak 1 liter boleh sampai 14.9km/l.

Sekarang Nissan memang tengah buat promosi dan ada bagi diskaun untuk bodykit. Untuk maklumat lanjut korang boleh ke Nissan Showroom yang berdekatan.

Terdapat 5 jenis warna yang boleh anda pilih iaitu Bronze Gold, Sapphire Black, Twilight Grey, Tungsten Silver dan Brilliant White.

Dengan tambahan RM9500, mana-mana gred boleh dikenakan talaan IMPUL....Wooooooww!!! Menurut jurujual tu, Almera cukup laris di Thailand dan di Amerika Syarikat. Cepat-cepat selagi tawaran masih ada.

Harga bermula antara RM69,000 - RM79,000.


P/s: Terasa nak je trade-in kereta Persona kami dengan Almera ni..hehehe..




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates