Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 4, 2012

5 Kereta Mesra Alam Serba Boleh

BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air.

 
Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan.

Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.


Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf.

Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.

Satu daripada motor itu menggelembungkan ‘skirt’ di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi memacunya ke depan dan mengawal arah.


“Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air.

“Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi kereta super yang mampu dimiliki oleh orang awam,” kata Zhang.


Peserta pertandingan berkenaan dikehendaki menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di luar jalan raya. - Agensi.

sumber: myMetro

5 comments:

  1. uih!!! memacam sekarang ni kkan.. makin canggih..

    ReplyDelete
  2. cina memang mampu buat macam2 benda, tp kualiti? kadang2 barang cina murah2 sbb mungkin kos tenaga kerja murah tapi yg takut bab kualiti tuu...

    ReplyDelete
  3. wallah..
    memang superb r..
    abah belikan untuk cheqna satu boleh??
    muahahahaha larikzzzzzzzz

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates