Selamat tahun baru semua!
Welcome 2012, nampaknya semua bersemangat dengan azam yang baru sempena dengan tahun baru 2012 ni.
Esok akan bermulanya sesi persekolahan dan kesesakan pasti akan bermula. Itu memang sudah pasti!
Tetiba teringat balik masa zaman persekolahan. Sebelum bermulanya sesi persekolahan di tahun yang baru yang wajibnya semuanya perlu baru. Antaranya
- Baju dan seluar confirm kena beli yang baru. Baju lama rendah dengan nila agar nampak baru sedikit.
- Beg pun mesti nak baru. Kalau sekolah rendah beli beg power rangers sebab masa tu tengah famous cerita tu. Zaman sekarang Ben 10.
- Kalau kasut mesti beli jenama Bata. Naik sekolah menengah barulah tahu beli All Star, Pallas lah, New York lah..
- Stokin pun mesti nak baru punya.
- Pensil, pen, pemadam, pembaris pun kena baru pasal dah hilang masa cuti sekolah.
- Kalau lelaki tali pinggang kena baru perempuan pula tudung mesti kena baru.
sumber imej; google
Bila difikirkan balik kita dulu masa kecik-kecik minta itu ini tanpa memikirkan susah payah ibu bapa, ada duit tak mereka, janji kita dapat apa yang kita nak. Sekarang dah besar panjang dah berkeluarga baru terasa semua itu walaupun anak abah masih belum bersekolah.
Terima kasih kepada ibu dan bapa kita kerana menyediakan segala kelengkapan untuk persekolahan kita dulu sehingga kita menjadi siapa diri kita sekarang.
tahun baru, semua nak baru...anak2 memang fikir begitu kan, tak sedar dari mana ibu dan bapanya cari duit sediakan semua tu.
ReplyDeleteTakpe, lama2 InsyaAllah mereka faham, tp kalau tak faham2 tu yg risau tu...huhu
yela,dulu mase sekolah merengek kat mak nak baju sekolah baru sbb kawan2 pakai baju baru tp sy pakai baju tahun lepas punye sebab elok lg..huhuhuhu..
ReplyDeletebaru tau betapa susahnya dorang nak cari duit..skrg ni,kene balas balik lah ape yang dorang buat..kene belikan pape yang dorang mintak..huhuhuhu..
saya zaman skola dulu semua mak siapkan tanpa meminta2, saya tau saya orang susah hihihi...kesusahan mengajar saya erti kesabaran alhamdulillah
ReplyDeletethn ni anak2 dh pandai cari bilik darjah sendiri
ReplyDeletezaman sy kecik dulu kalau beg elok lg memang tak tukar beg baru.. lgpun sian kat abah nak meminta2.... anak skrg tak minta pun mak ayah akan belikan baru kan..hihihi
ReplyDeleteselamat tahun baru abah :) hari ni renjer wat mkn ikan ni hehe..
ReplyDeletekalau ingat blk zaman2 mase skolah dulu rase sedih je kan..duit blnje pun kadang ade kadang xde..baju pun selagi boleh pakai..
yea betul tu...terasa kesannya bila anak nak bersekolah..
ReplyDeletetringat dulu, mak sy tukang jait... hidup susah, org tempah baju, mak kumpul kain2 tu, buat bju skolah kami.. berbelang gak la baju, sbb ada kain yg biru lebih ada kain yg putih nak ke kuning..pakai jek tanpa byk ckp..janji baru... tp anak2 krg mewah jek...
ReplyDeletedulu masa sekolah.. beli baru bila kasut atau pakaian yg ada dah tak boleh nak pakai atau dah koyak.. kalau masih elok mmg tak beli yg baru pun.. pakai aje yg tahun lepas punya..
ReplyDeleteassalamualaikum, berpantun la pula..
ReplyDeleteSelamat bertugas hai anak ku
Mesti ke sekolah berbaju baru
Setiap awal tahun memang begitu
Anak ramai lagilah haru...
penah gak dulu trend jinjing buku tayah bawak beg..hahaha
ReplyDeleteselamat tahun baru abah khalisa...
ReplyDeleteerm, nanti bila anak dah sekolah macam mana la keadaan kita kan.. x dapat bayngkan lagi nieh dengan zaman dah sangat2 berlainan dari dulu...