Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 28, 2011

7 Nak buat 'durian party' di rumah anda? Hubungi FAMA

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mempromosikan Pesta Jom Makan Durian dengan menganjurkan "durian party" kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ke tempat kediaman.

Pengerusi Fama Datuk Badruddin Amiruldin berkata ini bertujuan mempromosi, menarik minat dan menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan tempatan.
"Dengan minimum 50 orang, 'durian party' ini boleh diadakan di rumah.

"Contohnya di hujung minggu satu keluarga nak panggil ahli keluarga dan saudara mara untuk adakan perjumpaan, dan kita (Fama) akan sampai ke rumah mereka, kita akan pasang khemah, hantar pegawai-pegawai kita untuk hidangkan buah-buah ini dengan harga berpatutan," katanya kepada pemberita di majlis Pesta Jom Makan Durian 2011 di perkarangan Muzium Telekom di sini hari ini.

Beliau berkata harga yang dikenakan ialah RM15 bagi dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak bagi Durian D24.

"Usaha ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan malah membantu peladang dan petani yang mempunyai ladang buah-buahan dalam menjana pendapatan mereka, kata Badruddin.

"Program ini adalah untuk memasarkan buah-buahan tempatan dan kita dapat lihat konsep ini bukan sekadar kita makan durian tetapi juga kita bersantai bersama rakan-rakan, keluarga bagi mengeratkan silaturahim.


"Durian party ini boleh diadakan di mana-mana saja. Konsep Fama ini bukan saja untuk mempromosi malah turut menjana pertumbuhan ekonomi bagi peringkat bawah," katanya.


Beliau berkata ini juga merupakan satu daripada cara untuk menarik minat generasi muda hari ini yang kurang minat makan buah durian.


"Kita juga mengadakan promosi "Durian To School" sejak tahun lepas dengan memberi mereka makan buah durian ini pada waktu rehat dan mereka berasa teruja terutama pelajar-pelajar di bandar," katanya.


Pesta Jom Makan Durian 2011 yang diadakan di perkarangan Muzium Telekom buat kali keempat, berakhir Jumaat ini, dibuka dari 10 pagi hingga 7 malam. -- BERNAMA



7 comments:

  1. usaha yang bagus! sesuai bagi hantu durian ni...

    ReplyDelete
  2. Kenapa di sesetengah tempat mereka kata durian tiada harga saya pun hairan. Mungkin marketing stategi tak betul kot.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya saya mmg peminat durian

    ReplyDelete
  4. bestnya makan durian ramai2..
    lagi seronok dapat hiburkan hati mak abah
    + belnaja keluarga... Bahagia rasanya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates