Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 6, 2011

2 Masalah Yang Dihadapi oleh Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Pernah ke rumah  Projek Perumahan Rakyat (PPR)?

Sebelum ada rumah sendiri abah pernah menyewa di rumah Projek Perumahan Rakyat di area Sungai Besi selama setahun. Actually rumah tu memang untuk pindahan rumah-rumah setinggan dan selebihnya dijual kepada sesiapa sahaja.



Sabtu baru ni abah ada ke rumah makcik wife abah di area Semarak. Makcik wife tinggal di Projek Perumahan Rakyat situ. selalu jugalah kami sekeluarga ziarah makcik wife tu. Almaklumlah orang tua-tua wajar dihormatikan. Nanti bila tiba masa kita pula yang tua.

Apa yang abah perhatikan banyak juga masalah yang timbul di kawasan perumahan rakyat. Tujuan abah cuma untuk berkongsi apa yang abah perhatikan sahaja bukan ada niat lain.

Masalah yang dihadapi oleh Penghuni mahupun pengunjung ke Projek Perumahan Rakyat adalah :-
a) Masalah parkir. Kalau perhatikan memang parkir tak pernah cukup. Almaklumlah satu rumah ada dua atau tiga kenderaan. Macam mana nak cukupkan. So petak parkir tak cukup terpaksalah parkir di bahu jalan. Rasanya kerajaan kena fikirkan penyelesaian kepada masalah ini untuk projek akan datang.
b) Lift Rosak. Lift rosak memang sering berlaku. Lift ada tiga tapi yang boleh digunakan hanyalah satu. Bayangkan kalau ada kematian di tingkat 12, jenuh nak usung mayat turun samapi ke bawah.
c) Lift Berbau.Yang lagi bestnya adalah bau busuk dan hancing di dalam lift. Cukup menusuk kalbu. Ini masalah kanak-kanak yang nakal yang saja-saja jadikan lift sebagai tandas.
d) Masalah kehilangan kenderaan. Rumah macam ni guard memang takde. So risiko untuk kehilangan motosikal tu cukup tinggi. Kalau boleh diaorg nak parking depan rumah bawa masuk motosikal dalam lift sekali.
e) Ruang yang agak sempit. Tingkap tak banyak dan pencahayaan kurang. So nak taknak kena pasang lampu disiang hari.
f) Masalah Kebersihan dan Vandalisme. Kalau tengok pada pintu lift atau pada tangga memang banyak contengan kreatif daripada penduduk. Banyak sampah-sampah dibuang sana-sini. 

Itu antara masalah yang abah kenalpasti sepanjang abah pergi ke rumah makcik wife di semarak dan pengalaman tinggal selama setahun di Projek Perumahan Rakyat.


Nasib baik rumah makcik tu tingkat tiga je, jenuh tahan nafas bau hancing kencing manusia!Ingat lain kali exercise naik tangga je lah.

2 comments:

  1. mcm ada double standar jer kan ..kesian kt depa

    ReplyDelete
  2. saya pn ada saudara yg tinggal kt PPR tp kt ampang.lbh krg la mslhnya....parking mmg mslh kalau hari xbekerja tu....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates