Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 22, 2011

8 Sana Sini Bola Sepak

Hari ini semua bercakap pasal bola sepak. Semuanya bercerita mengenai kemenangan Malaysia ke atas Indonesia. Bersemangat betul semua bercerita mengenai perlawanan yang cukup sengit antara Harimau Malaya dan Garuda.

KETUA jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee dan anak-anak buahnya bersalaman dengan peminat yang membanjiri Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bagi menyambut ketibaan skuad Harimau Muda pada kira-kira jam 8 pagi tadi. Malaysia mempertahankan pingat Sukan SEA selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti.- Berita Harian

Abah awal pagi lagi bangun dah cakap dengan wife rugi sayang tak tengok bola semalam. Dasyat diaorg main. Wife abah gemar juga tengok bola sebenarnya tapi disebabkan kepenatan semalam kerana kami baru sampai dari Penang.

Dekat office pun semua bercerita pasal aksi pemain muda kita, bagaimana mereka tenang menghadapi serangan psycology daripada penyokong Garuda. Kedai mamak confirm full house malam semalam, paper hari ini pun memang berkisarkan pasal kejayaan Malaysia yang bukan nasib kerana kita berjaya menewaskan Indonesia di peringkat Kumpulan dan akhir.

Kat radio Hot fm pun sibuk berbicarakan mengenai kemenangan skuad Ong Kim Swee. Abah pasti korang pun sama, pasti punya berbicara pasal bola sepak.

Malam tadi area perumahan abah pun kecoh dengan sorakan gooolllllllll apabila Malaysia berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil jaringan Asraruddin Putra Omar.

Blog abah Khalisha pun asyik-asyik entri pasal bola sepak je sekarang ni. Bukan apa, semangat dan rasa bangga melihat peningkatan pemainan Harimau Malaya semenjak dua menjak ni.

Malam esok Malaysia bakal bertemu Syriadalam perlawanan peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam esok. Harapnya adalah siaran langsung dibawakan oleh TV1.

Good luck Malaysia!

8 comments:

  1. senyum semalam tak hilang lagi sampai hari ni..

    bergenang jugak la air mata bila teruk dorang berpelukan..huhu

    ReplyDelete
  2. dramatik sungguh..bola memang menyatukan rakyat malaysia kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. mmg tak dinafikan pasukan harimau muda semakin mantap.. semoga mereka terus berjaya dan mengekalkan momentom yg mereka ada malah memperbaiki lg di mana ada kekurangan.. InsyaAllah pasti MALAYSIA akan berjaya

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    TAHNIAH, AMAT GEMBIRA DGN KEMENANGAN SANG HARIMAU NI. KITA DOAKAN KEJAYAAN MENEWASKAN SYRIA PULA

    ReplyDelete
  5. di ekdai ayu pun tak habis2 berbicara ttg hal nie.

    mula2 ayu buat bodoh..
    lama2 ayu terus kata..
    terimalah kenyataan wahai bibik2 ku.. hehehhe

    ReplyDelete
  6. abis je malaysia main malam tadi trus renjer turun ke sungai hehe... hati senang.. hasil memancing pun terbaik!! :P

    ReplyDelete
  7. Memang bersyukur sgt bila M'sia menang... tapi bila tgk berita, rsanya x berbaloi kematian 2 org penyokong indonesia tu. Kenapa la smpai gitu skali. Masya'allah!

    ReplyDelete
  8. 'macam mane boleh 4-3? tadi kan 1-1!!'

    *teringat ayat naif drpd seorang isteri (opismet-yg tengok bola tak habis), kepada suaminya.. hehe!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates