Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 30, 2011

28 Bayaran Nursery Pun Naik Awal Tahun Ini

Sekarang semua barang naik, harga buah jambu madu pun sekarang RM14.00 satu kilogram, beberapa bulan lepas RM12.00. Banyak lagi harga barangan lain yang naik tanpa kita sedari.

Gaji pula berapa banyak naik? Naik itu naiklah tapi ciput je jika dibandingkan kenaikan harga barangan dan makanan melebihi jumlah kenaikan.



Semalam abah dimaklumkan oleh owner nursery tempat Nur Iman, bayaran untuk new registration untuk bayi mereka akan cas RM410 sebulan manakala untuk dua tahun ke atas bayaran RM380. Mak aiiii..mahalnya.

Sekarang bayaran Nur Iman RM350 setelah dia berusia dua tahun bulan November baru ini. Sebelum itu bayaran dia RM380. 

Ramai juga yang terkejut bayaran nursery abah hantar ni harga sampai RM380. Nursery tengah kota Kuala Lumpur lah katakan.

Alasan kenaikan adalah untuk bayaran gaji dan memandangkan harga barangan dan makanan untuk kanak-kanak semakin meningkat seperti sayur, daging, ayam, biskut dan macam-macam lagi.

Jika di selayang, di rumah abah memang harga tak sampai RM300 tapi abah fikirkan senang abah nak ambil Nur Iman sebab dekat dengan office dan kami dapat menghabiskan masa di dalam kereta.

Jika harga barangan minyak dan kos kehidupan semakin naik tapi gaji naik sekadar naik sahaja rasanya ramai akan bising. Lihat budget 2012 yang dibentangkan baru-baru ini nampaknya banyak memberi keuntungan kepada government servant sahaja, pekerja swasta macam abah ni macam mana?

Sedar tak kita bahawa kami juga dan lebih banyak membayar cukai. Jika kita tengok Laporan Audit 2010 lebih menyakitkan hati apabila duit rakyat yakni duit kami semua dibazirkan sewanang-wenangnya. Tak percaya korang google sendiri.

Apa tindakan SPRM? Janganlah rakyat marah baru mahu bertindak. Kerajaan perlu mengawal perbelanjaan mereka, ketua jabatan jangan sewenang-wenangnya meluluskan pembelian sesuatu barang atau peralatan yang harga yang begitu melampau!

Public Accounts Committee (PAC)  pun fed up dengan kakitangan dan agency kerajaan memberi alasan yang sama mengenai perbelanjaan masing-masing.

Itu pentingnya ada parti pembangkang untuk mewujudkan keseimbangan. 

Ingat Rakyat semakin bijak hari ini!

28 comments:

  1. aduhaiii mahal yek abah.. kalau 2 anak camana pulak ... anak saya pun masa baby rm320 la ni dah lepas 2 tahun rm300 turun pun rm20 je... kalau ikutkan budak besar tak banyak ragam dah lagi2 anak saya banyak tidur siang... huhuhu

    ReplyDelete
  2. mahalnya abah, ni mencekik darah namanya...saya ni upah jaga 3 org anak RM600, yg sulung dh tadika rm150, kedua 4 tahun rm200, adik adam rm250 huhuhu

    ReplyDelete
  3. Itulah pasal mahalkan..budak-budak kecik makan berapa banyak sangat..itu belum lagi ambik lewat kena cas RM5 sejam pulak

    ReplyDelete
  4. mahalnya......byangkan kalau 3 orang anak..tapi terpksa hadapi jugak.....

    ReplyDelete
  5. mahainya...
    skrg semua benda naik harga

    ReplyDelete
  6. dunia sekarang semuanya duit!duit!duit! haishh...

    ReplyDelete
  7. zura hntr anak ke umah org pun die cas 300, ogtkan masa baby jerk, smpi bsr die cas 300 melainkan dah sekolah baru kurangkan sket, skrg ni sumenya duit :(

    ReplyDelete
  8. betul tu Abah... katKTN pun sama mahal jugak... hari tu dpt yg murah dan okay, RM390 tuk 2 beradik tu...skali Little Caliph taska ade baru bukak lak kat taman umah sendri lak tu tp harga nya leh tahan la, RM600 dua org...huhu.. tp memandang dekat ngn rumah dan yg penting little muslim tadika..hope god for him with that price...

    ReplyDelete
  9. errrrr mahal betul.. kalau anak sorg boleh la.. kalau dah berderet anak? lebih baik mak berheti keja duk umah jaga anak sendiri ye x? hehehehe

    ReplyDelete
  10. Sy dr baby smpi nak masuk 2 thn still RM300. Tapi kakak tu jaga baik sgt! Jadi, tak kisah pun nak bagi bape!

    ReplyDelete
  11. saya yang belum ada anak ni pun pening nak survive...gaji kecik..keperluan mcm2..harga barang terussssssssssss naik :(

    ReplyDelete
  12. saya yang belum ada anak ni pun pening nak survive...gaji kecik..keperluan mcm2..harga barang terussssssssssss naik :(

    ReplyDelete
  13. Hrmm mahalnya .. kalau gaji sentiasa naik banyak tak pe la jugak kan ..huhu


    kalau dapat penjaga yang baik .. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  14. yang tak menasabah tu memang patut dibangkang..takyah tunggu pembangkan nak bangkitkan...org gomen pon dpt naik gaji bersyarat, ingat senang2 ke depa nk bagi...pancing tu sbnarnya. Kalau ikan yg senang ngap umpan memang mengena la..

    ReplyDelete
  15. ape benda pun nak naik sekarang ni..gaji macam tu jugak..kesian kat orang yg banyak tanggungan kan.. :)

    ReplyDelete
  16. o...
    biasala tu...
    kalau tak,nak buat apa najib labur kan juta2 untuk bagi kat rakyat kan???
    dah tentu2 la untuk dia ambik balik..ekekekekek

    ReplyDelete
  17. gaji naik..perbelanjaan pun samo naik....last2 habuk pun tarak...huhu

    ReplyDelete
  18. itu yg untung keje gomen
    semua gomen tolong..

    swasta..sape nk tolong..
    beranak banyak pun kena soal?

    harap kerajaan bantu juga
    pekerja swasta...cam hb kito :)

    ReplyDelete
  19. tp goverment servant pun sbenarnya stakat boleh survive je....kata je gaji naik, tp blum nmpk mcm mna rupa lgi yg lain semua dah mlmbung. cma bila dah semuanya naik, kita la pla kna berhemat.

    tp yg musykilnya, tgk semua org berbelanja mcm harga runtuh aje.... itu yg x brape nak faham tuuuuu....

    ReplyDelete
  20. Mahalnyeee... Tapi terpaksakan .. Hantar la jugak ..
    Nasib baik company kite ni ade buat taska jaga anak2 pekerja mmg murah bangat sorang rm 100 jer...

    Tp skrg x anta dah semua dah besar2..

    ReplyDelete
  21. mahalnya abah..nasib baik kat area sini masih ok lagi..standard.. tak mahal sangat..rm250 utk budak 2 tahun ke atas..kalau kurang dari tu rm280..

    ReplyDelete
  22. tau2..betol sangat tu abah..apik ni yang masih belum keje pun dah tau sekarang ni harga dah makin naik..haishhh

    ReplyDelete
  23. ubah yang mana perlu diubah kan. semua pilihan kat tangan kita.

    ReplyDelete
  24. tulah masalahnya...gaji naik seciput aje....dlm masa yg sama brg2 dan servis naik jugak....ada yg naik mendadak...dah jadi keperluan,nak tak nak bayar la juga...huhuuu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates