Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 12, 2011

15 Sana sini cukai!

Bunyi tajuk macam marah je ye. Sebenarnya taklah marah kalau marah kang kena saman pula. Susah abah dan keluarga pula nanti.

Beberapa hari ni memang kecoh pasal Syarikat Telekomunikasi Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan 6% Untuk Tambah-Nilai Prabayar dan telah ramai rakyat menerima sms mengenai daripada pembekal talian masing-masing. 

Namun hari ini di dada akhbar keluar pula tajuk mengenai Datuk Seri Dr Rais Yatim minta syarikat telekomunikasi (telco) tangguhkan hasrat kenakan cukai 6 peratus untuk dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu depan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak.

So next week kita tengoklah apa tindakan kerajaan. Adakah kerajaan akur dengan kuasa rakyat yang begitu terdesak dengan taraf hidup yang tinggi dan semakin meningkat.

Apa itu cukai? Cukai merupakan biaya yang dibayar oleh individu atau syarikat kepada pemerintah atau dalam bahasa yang mudah iaitu duit yang perlu dibayar kepada kerajaan.

Antara jenis-jenis cukai yang biasanya dibayar oleh kita sebagai rakyat Malaysia adalah 
  • Cukai pendapatan
  • Cukai jualan
  • Cukai tanah
  • Cukai pintu
Gaji ciput pun abah kena bayar cukai pendapatan. Cukai pintu memang kena bayarlah sebab beli rumah tapi takde tanah. Banyak juga abah kena bayar walaupun dua jenis cukai ni.

Perasan atau tidak sebenarnya banyak jenis cukai lagi yang dikenakan ke atas kita contohnya kalau kita makan di KFC, Macdonalds, Pizza Hut atau restoran yang class pasti akan dikenakan caj government tax. Perasan tak? Lepas ni kalau bayar semak resit anda tau.

Selain itu, kupon letak kereta pun dikenakan 6% cukai perkhidmatan. Hari ini abah ke Temerloh ada keje di area office di Temerloh so nak parking kereta kenalah ada kupon. Taknak disaman oleh Majlis Perbandaran Temerloh abah pun belilah kupon letak kereta dekat ajen jualan kupon.


Abah perhatikan dekat cover kupon tu ada tertera 42 sen sejam termasuk 6% cukai perkhidmatan. So maksudnya disini memang banyaklah cukai yang kita bayar kepada kerajaan. Kredit kad pun kena caj tahunan jugakan.Lagi apa ye?

Ke mana perginya duit cukai yang kita bayar? Mestilah disalurkan ke saluran yang betul seperti melalui pembinaan lebuhraya, pembinaan sekolah, pembinaan jalan keretapi dan macam-macam lagilah. Semoga kerajaan bijak membelanjakan duit rakyat ni sebab rakyat memerhati.

Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang ni dan kos hidup yang tinggi, amat tidak wajar jika kerajaan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj 6% kepada pengguna pra-bayar.

Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, so kenalah utamakan rakyat dahulukan.

15 comments:

  1. macam cukai gak kat malaysia ni.. adohaiiii.. pning pale .. kayap2 ...

    ReplyDelete
  2. tak patot tak patot.
    nak kenakan cukai,
    taraf hidup rakyat di takuk lama.
    aduh.

    ReplyDelete
  3. cuba abah tanya atok najib tu.. apa dia buat dengan duit2 rakyat malaysia semua.. hehehe

    ReplyDelete
  4. pengguna pra payar biasanya terdiri dari golongan yg kurang berkemampuan dan student..biasanya org tak buat kenakan cukai untuk golongan macam ni..kesian..

    ReplyDelete
  5. kupon parking tu pon dah naik gak eh abah?? cik ana kat perak ni xtau le tah2 naik gak

    ReplyDelete
  6. kengkadang cheqna terfikir mana perginya duit2 yang kita bayar cukai tu...
    lagi sadis mana perginya duit2 zakat yang kita2 duk bayar tu??makin hari makin ramai orang mintak bantuan kat opis ni..
    haishhh

    ReplyDelete
  7. nak buat macam mana. kalau dah takde pilihan kena jugak bayar cuaki kan?

    ReplyDelete
  8. guna bill..tak reti guna prepaid..huhu

    ReplyDelete
  9. saya sangat setuju dgn pendapat abah khalisha..kalau boleh semua benda nak dikenakan cukai.kesian kat rakyat.

    ReplyDelete
  10. rasa2 cam akur jek ngan dorang tu
    Tengok ngan Astro hari tu..dorang naikkan kerajaan terus senyap..

    ReplyDelete
  11. rasanya macam tak patut lah nak dikenakan cukai...
    service charge tu pun tinggi plak.. terus nak kena sampai 6%

    apakah telecomm company ni dah nak bankrap???

    ReplyDelete
  12. Poning..poning...beli top up io henggit pun ada tax..Ya ampunnn

    ReplyDelete
  13. berbaloi bli kupon tu,ade gambar ikan hehehe....:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates