Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 15, 2011

17 Hepi Mood

Yeaahhhh..hari ini abah gembira sangat sebab tadi dah settle meeting, lepas tu esok hari Jumaat(cuti) dan yang paling seronok sekali adalah kerana ibu yang tercinta akan datang rumah abah petang ni. Itu pasal yang hepi sangat.

Mak abah akan datang dengan adik yang bongsu naik bas daripada Kuantan. Petang nanti abah ambik dekat pekeliling dan lusa kami akan balik ke rumah nenek abah di Sungai Besar. Nanti abah akan tangkap gambar pokok beras banyak-banyak macam blogger Alin Marlini dalam ceritanya Pokok Beras.

Esok adik mak abah akan datang rumah abah. Nak beraya katanya. Wife abah pula kerja esok. So awal pagi esok abah akan hantar wife ke tempat kerja dan ambik petang hari. Dia nak kerja sebab cuti dia dah tinggal 3 hari sahaja so ni kita floating leave lah.

Abah plan nak gerak ke rumah nenek di Sungai Besar petang Jumaat tu ataupun malam. Lagipun abah akan guna highway baru iaitu LATAR. 1 jam setengah dah boleh sampai Sabak Bernam. Cuma keluar duit poket untuk tol je.

LATAR ni mula beroperasi tak silap abah pada penghujung bulan Jun 2011 dan mula mengenakan tol pada 1 September 2011. So kepada mereka yang dari Kuala Lumpur dan ingin ke Kuala Selangor/ Teluk Intan/ Lumut dan sewaktu dengannya boleh melalui highway ini. 

Lebih cepat compare dengan jalan lama. maklumat lanjut boleh pergi ke website LATAR. Untuk map LATAR ni boleh tengok sini. Memang betul-betul menjimatkan masa, dan tak perlu tempuh trafik dan lalu kawasan bandar di Sungai Buluh dan Ijok.

Mudah-mudahan mak dan adik abah selamat sampai. Doakan semuanya selamat.

Cuba cakap sape yang tak seronok bila mak sendiri nak datang?

17 comments:

  1. queen pernah lalu highway LATAR tu.. masa tu belum dikenakan Tol lg.. dari rawang ke Kuala Selangor.. Hujung minggu ni pun Queen nk ke Kuala Selangor tp just lalu jalan Kapar - Kuala Selangor je :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya esok dkna midterm...sob sob sob :(

    ReplyDelete
  3. amboi..sukenyer abah..
    selamat bergembira la ye=)

    ReplyDelete
  4. dah lalu latar time free aritu, sekejap dah smpi ijok huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. sedang sms2 bonda ni...

    pujuk suh turun KL...hihiii

    dan nampaknya mcm hampir berjaya

    kalau konpem...akan ke pekeliling juga untuk menjemput :)

    ReplyDelete
  6. besnya..mak saya bercinta nak ajak turun kl..bizi je..mengalahkan istri pm..hehehe..

    ReplyDelete
  7. tumpang gembira juga..mesti suh mak masak ni..hehe :)

    ReplyDelete
  8. wahh MAK abah nk dtg ek?
    konfem masak sedap2 esok kan?kan? hehe

    ReplyDelete
  9. Samelah kite!

    Mak, Ayah dan adik bongsu akan dtg ke sini dari BP, Johor! Yeay!

    ReplyDelete
  10. kami pula sepatutnya join mil
    ke perak nak lawat nenek tapi
    hubby pula kena kerja...melepas

    moga mak abah selama sampai :)

    ReplyDelete
  11. abah.. modd kita sama.. mak sy sampai pagi esok.. hari ni hati dah berbunga-bunga... happy sgt

    hihway LATAR tu mmg cepat dan pantas.. skrg kena tol RM6 tak silap.. tapi cepat n tak jam.. hihi

    ReplyDelete
  12. Siapa tak happy klo parents nak datang ☺☺

    Tak pernah lagi lalu LATAR tu.

    ReplyDelete
  13. abah hepi tp sy risau sebab mak tk sihat...

    ReplyDelete
  14. selamat bercuti dan sambung beraya!!!


    ~ saya ada ramai kulaan kat sungai besar / sabak bernam ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates