Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 18, 2011

12 Deko bersama abah

Kami baru beli rumah di Selayang tahun lepas, niat hati nak beli banglo tapi tengok duit dalam poket ada beberapa ratus je so beli aje lah apartment dua tingkat ala-ala penthouse gitu.

Rumah abah ni ada dua balkoni, satu di ruang tamu dan satu lagi di bilik tidur utama. Sebenarnya abah lebih suka rumah teres yang ada tanah sebab abah suka berkebun dan hias kawasan rumah dengan pokok.

Rumah apartment ni tetap tak menghalang hobi abah untuk untuk berkarya.hehehe. Dengan  ruang balkoni yang ada abah pun belikan water fountain dnn beberapa jenis pokok bunga dengan jumlah budget RM600. Tiga jenis bunga abah tanam sendiri yang lain abah beli.

Dan inilah hasilnya Deko Bersama Abah di balkoni


Amacam cantik tak? Boleh tahan lah kan. Ingat Deko bersama Eric dan Deco Selebriti je boleh buat, Deko Bersama Abah pun boleh! Abah boleh anda pun boleh!

Tapi ni tak siap sepenuhnya lagi, abah bercadang nak beli kayu dan bertukang sendiri. Nak buat tempat duduk plak, tapi tunggu ada duit sikit baru buat. Idea dah ada dalam kepala otak ni tapi belum boleh diterjemahkan lagi.

Dalam water fountain, abah letakkan ikan gappy. Ada lima ekor semuanya, abah tengok semalam dah beranak tiga ekor.

Kepada blogger-blogger dan pembaca kalau nak hias balkoni  tapi takde idea tiru je abah punya ni. Takpun google je image. Banyak je contoh-contoh yang boleh diikut.

Nasihat abah, kalau nak beli pokok bunga cari yang jenis tahan lama dan kuat agar senang untuk dijaga. Anda boleh dapatkan nasihat daripada owner nursery yang jual pokok bunga tu.

12 comments:

  1. Wahhhh abah... sunnguh pandai skali mendekornyer... tak kisah la umah macamana pun yg penting rumah sendiri..ikut nak uat camno... Blh cilok tips nihhh..Dapur tak ade ker???

    ReplyDelete
  2. Dapur eh? dapur pun klu ikut ada balkoni jg sikit kat luar..plan nk letak ampaian je.hehehe

    ReplyDelete
  3. wah!!!!abah cantik lah deko yg abah buat mcm Eric Leong jugak lah....:)

    ReplyDelete
  4. smart2!duk umah cam duk tmpt peranginan,cewahh! :-)

    ReplyDelete
  5. seronok kalau rumah sendiri ada port cantik macam tu.. sedap mata memandang kata org! :)

    ReplyDelete
  6. decor yg simple tp cantik...huhuhu
    (^_^)

    ReplyDelete
  7. simple but nice.... i like it ^_^

    ReplyDelete
  8. cantik2..tp jg2 jgn jd penternak nyamuk udah le hahahaha..

    ReplyDelete
  9. Waahhh!!dahsyat tu abah khalisha...
    Cantik!!dan simple deco tu...

    Nice

    ReplyDelete
  10. tu baru balkoni, kalau dpt tanah luas lagi mcm mana la tuh...bagus2 :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates