Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Lebuhraya PLUS. Show all posts
Showing posts with label Lebuhraya PLUS. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

7 PLUS Perkenal Jadual Perjalanan yang baru

Selamat pagi semua..tengok semua dah dalam mood raya ye, lagu raya dah berkumandang di corong-corong radio, di dalam office, kat dalam rumah pun ramai yang pasang lagu raya..betul-betul mood raya tahap maksima dah tu.

Semua dah plan nak balik kampung bila? Kereta dah hantar servis? Harap semuanya akan berjalan lancar dan dapat beraya dengan keluarga tersayang.

Ok sini ada petikan abah ambik daripada mynewshub mengenai PLUS Perkenal Jadual Perjalanan yang baru.
----------------------------------------------


PETALING JAYA – PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata langkah ia bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 Sept.


“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 Sept dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap manakala kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.
 --------------------------------------------

Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu :
  • Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum pukul 12 tengah hari;
  • Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;
  • Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;
  • Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.
Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:
 Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi;
  • Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;
  • Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang;
  • Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;
  • Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.
PLUS juga memperkenalkan jadual perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari utara yang ingin pulang ke Kuala Kangsar dan Ipoh serta dari Ipoh menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim pada 1 hingga 4 Sept ini.
  • Dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Changkat Jering dan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh antara 1 hingga 6 petang;
  • Ipoh, Simpang Ampat dan Gopeng ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim antara 4 hingga 6 petang.
  • Dari Melaka melalui Ayer Keroh, Alor Gajah dan Tampin melalui Simpang Ampat ke Senawang, Port Dickson dan Seremban antara 4 petang dan 6 petang.

Untuk lebih lanjut korang boleh check dekat mynewshub.

Tapi abah and wife memang plan nak balik lepas berbuka Jumaat ni. hehehe..Kira tak followlah yang ni. Wife nak balik buat kuih raya.hehehe. 

Korang pula balik bila?Yang nek bas korang follow je lah time kat tiket tu, jangan nak mengada-ngada follow jadual ni plak!hahaha.

Wednesday, July 20, 2011

15 Bagaimana mendapatkan bantuan PLUSRONDA?

Pernahkah anda terfikir tiba-tiba anda terkandas di lebuhraya PLUS disebabkan oleh bateri kereta yang lemah atau tayar pancit mahupun masalah enjin? Apa yang perlu anda lakukan? Almaklumlah tak lama lagi dah nak puasa dan raya Aidilfitri pun bakal menjelang tiba.

Alhamdulillah selama perjalanan abah ke Penang(rumah mertua) setelah 2 tahun berumahtangga, abah tak pernah lagi mengalami apa-apa masalah disepanjang perjalanan. Harap-harapnya sentiasa baik untuk akan datang.


So, harini abah nak kongsikan cara bagaimana mendapatkan bantuan PLUSRonda setelah abah membaca majalah Kembara PLUS. Abah ambik sumber daripada PLUS sendiri ok. Ingat ye ini khas untuk highway PLUS sahaja.

Bantuan PLUSRonda boleh diperolehi dengan :- 
a) Menerusi Telefon Kecemasan
Biasanya telefon-telefon kecemasan ini disediakan di setiap 2 kilometer di sepanjang lebuh raya PLUS. Telefon yang berwarna jingga ini membolehkan pihak PLUS mengesan lokasi anda. So tak perlu risau lah kalau anda tidak tahu di mana anda berada waktu tu.

Cara menggunakan Telefon Kecemasan adalah:
1) Tarik Tombol ke bawah
2) Tunggu jawapan daripada PLUS
3) Bercakap dengan jelas dan sertakan maklumat berikut:-
   - Jenis kenderaan / warna/ no pendaftaran
   - Jenis-jenis kerosakan

b) Menerusi PLUSLine (1800 88 0000)
Talian ini beroperasi 24 jam setiap hari dan akan disambungkan terus ke Pusat Kawalan Trafik PLUS untuk tindakan lanjut.

Untuk makluman korang, PLUSRonda terdiri daripada 180 pasukan yang mengadakan rondaan dilebuhraya  24-jam setiap hari bagi membantu pengguna lebuhraya yang menghadapi masalah di lebuhraya.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
a) Perkhidmatan tunda kenderaan ringan ke kawasan selamat yang berdekatan
b) Membantu membaiki kerosakan kecil
c) Pengurusan trafik 
d) dan yang lain-lain yang sewaktu dengannya

dan perkhidmatan PLUSRonda ini adalah PERCUMA untuk pengguna lebuh raya.

Abah harap perkongsian abah hari ini dapat dimanfaatkan bersama dan korang dah tahu apa yang perlu dilakukan jika terkandas di lebuhraya PLUS. 

Nak join GENG ABAH?

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates